suria

Macam ayam keluar reban! Wajah penuh kapas, gadis tahan malu jalan depan orang... Makin ‘pedih’ kakak rakam sambil ketawa

Syasya berkongsi kisah tentang adiknya menerima rawatan di klinik pakar kulit.

PANDANG sekali tak cukup, pasti ada yang menoleh semula kerana terkejut dengan apa yang disaksikan depan mata.

Mungkin begitulah reaksi orang ramai yang melihat keadaan seorang gadis yang keluar dari sebuah klinik.

Wajahnya dipenuhi dengan kapas selepas menerima rawatan dan keadaannya itu dianggap melucukan.

“Maafkan kakak dik. Kelakar sangat akak tengok. Macam ayam dah adik aku keluar dari klinik kulit,” tulis seorang wanita yang membuat perkongsian video di laman sosial.

Berkongsi cerita, Intan Ezra Syahirah Roslan berkata, rakaman itu dibuat ketika membawa adik perempuannya yang berusia 26 tahun ke sebuah klinik di Kuala Lumpur, pada minggu lalu.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, keadaan kulit wajah adiknya bermasalah disebabkan tekanan kerja sebagai juruaudit.

“Kulit adik mula breakout sebab stres. Adik tak ada alahan lain, muka dia jadi macam tu memang sebab stres kerja.

“Habis muka dia penuh jerawat terutama di bahagian pipi dan dahi,” katanya kepada mStar.

Syasya (kanan) menyifatkan adiknya sebagai seorang yang sensitif dan pendiam.

Setibanya di klinik untuk menerima rawatan, dia yang mesra disapa Syasya berkata, doktor memberi pilihan kepada adiknya sama ada untuk disuntik ubat atau diambil secara makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini buat ramai bengang selepas dedah punca muka jerawat teruk! Dari simpati, kini ramai doa wajahnya ada masalah kulit

ARTIKEL BERKAITAN: Member kutuk belakang ‘muka jalan tak siap, badan macam tong’... pemuda tak kisah kawan sikit, yang pasti transformasi diri jadi kenyataan!

“Adik pilih cucuk (suntik) ubat sebab itu cara yang paling cepat untuk mengecutkan jerawat yang aktif walaupun menyakitkan.

“Tak ada reaksi lain, adik cuma beritahu sakit je. Tak fikir nak gelak ke apa. Dia memang seorang sensitif dan pendiam,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Susulan perkongsian video di TikTok yang meraih lebih dua juta tontonan, usahawan manisan itu memberitahu rata-rata netizen mencadangkan mereka mendapatkan rawatan di sebuah klinik kulit yang terkenal, termasuk menggunakan pelbagai jenis produk.

Dua beradik ini begitu rapat.

Namun anak sulung daripada empat beradik itu menjelaskan, klinik yang dikunjungi mereka juga menawarkan rawatan pakar kulut dan caj yang dikenakan tidak semahal sesetengah pusat rawatan lain.

“Walaupun klinik ni tak semahal daripada klinik yang terkenal itu, tapi ubat yang diberikannya memang berkesan membantu mengecutkan jerawat adik.

Adik pilih suntik ubat sebab itu cara yang paling cepat untuk mengecutkan jerawat yang aktif walaupun menyakitkan.

INTAN EZRA SYAHIRAH ROSLAN

KAKAK

“Sebelum ini pun saya pernah melakukan rawatan di klinik sama, juga mengalami masalah sama iaitu muka berjerawat,” katanya lagi.

Pun begitu, Syasya berterima kasih dan menghargai keprihatinan orang ramai terutama mereka yang berkongsi nasihat membina dan membantu mengembalikan keyakinan adiknya.

Keadaan wajah adik Syasya selepas dua hari menerima rawatan.

Malah, dia turut bersyukur keadaan wajah adiknya semakin baik dan menunjukkan banyak perkembangan positif selepas menerima rawatan.

Mengenai gurauannya ‘macam ayam’, Syasya berkata, adik perempuannya tidak mengambil hati terhadap perkara tersebut kerana apa yang lebih penting adalah kesembuhan.

“Turut menarik perhatian adalah komen-komen netizen yang mengatakan adik macam baru keluar dari reban ayam... bergaduh dengan ayam dan berebut telur ayam.

“Adik cool je dengan gurauan tu. Masa tu dia tak ketawa sebab tengah sakit. Mujur sakit di bahagian suntik itu sekejap je. Sekarang jerawat dah kecut dan bengkak di muka pun dah surut, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain