SEJAK konflik antara Hamas dengan rejim zionis Israel kembali hangat, ramai rakyat Malaysia mula melancarkan serangan kecil dengan memboikot produk atau jenama yang menyokong negara haram pimpinan Bejamin Netanyahu itu. Lebih mengejutkan apabila ia bukan sahaja dilakukan oleh pengguna malah beberapa peniaga turut mengambil bahagian. Seperti perkongsian tular baru-baru ini, satu notis yang dipercayai ditampal di sebuah restoran menyatakan dua minuman terkenal dan sebati dalam masyarakat Malaysia tidak lagi dijual di premis itu. Notis yang ditampal salah seorang pemilik restoran. “Tiada penjualan minuman m*** dan n*****e di premis ini,” demikian menurut notis yang tertera. Bukan itu sahaja, pemilik premis turut menegaskan bahawa mereka tidak lagi menjual apa sahaja produk daripada jenama besar yang menyalurkan dana kepada Israel. “Bermula hari ini kami tidak lagi menjual barangan keluaran N****e sebagai tanda membantah kekejaman Yahudi laknatullah dan perasaan simpati buat bumi Palestin. ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan OKU terjejas, staf sambilan hilang kerja... Ramai meratap sedih, terkesan gerakan boikot produk sokong Israel ARTIKEL BERKAITAN: Kad kredit rakyat Israel digodam, ramai guna beli iPhone 15 Pro Max... ‘Check out’ kerusi gaming pun ada! “Kami akan cuba gantikan barangan tersebut dengan jenama yang lebih sesuai. Kami memohon kemaafan buat semua pelanggan. “Insya-Allah kita cuba sekadar yang termampu,” tambah kenyataan di notis berkenaan. Pelayar X, Abudi Alsagoff yang berkongsikan notis tersebut turut bersetuju dengan tindakan pemilik restoran berkenaan. Mantap tuan kedai... dalam erti kata lain boleh sokong produk tempatan pula. WARGA MAYA Mengambil Turkiye sebagai contoh, ujarnya negara terbabit menjadikan produk jenama tempatan sebagai keutamaan. “Tukar selagi boleh. Kat negara macam Turkiye mereka bergantung sepenuhnya kepada produk dan jenama tempatan,” ciapnya ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan pemilik restoran tersebut. Malah dia dikatakan jujur kerana memaklumkan pelanggan tentang bahan mentah yang tidak akan digunakan di kedainya berbanding sesetengah peniaga lain yang menyajikan produk lain tetapi masih mengekalkan harga bagi jenama popular. Warga maya turut menyokong serta memperkenalkan produk tempatan. "Bagus peniaga ni jujur. Ada sesetengah kedai tulis menu m***, jual dengan harga mahal tapi bancuh guna serbuk koko murah. "Mantap owner kedai! Yang memang sejak azali guna nama m*** tapi bancuh serbuk koko, kau tak payah nak acah naikkan notis macam ni juga ya. "Mantap tuan kedai... spill nama kedai tu, nak pergi sokong ni. "Restoran makanan segera memang senang aku nak boikot. N**** memang syarikat besar dan sukar jugalah nak laksanakan boikot sebab membesar dengannya, kita cuba," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mengambil peluang dengan mempromosikan produk-produk yang dihasilkan syarikat tempatan serta restoran anak watan. "Vico untuk hidup! Rumah aku memang tak beli m*** pun, beli apabila nak buat kek batik sahaja. "Masa untuk produk tempatan bersinar seperti oligo coco. "Marilah cuba, dalam erti kata lain boleh sokong produk tempatan pula," tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube