suria

Gadis 124cm viral selepas kongsi foto konvo, dilabel graduan paling comel! Rupanya ada masalah tulang sejak sekolah menengah

Foto graduasi Syira tular di aplikasi TikTok.

KEKURANGAN tak pernah jadi penghalang.

Meskipun kelihatan berbeza berbanding rakan-rakan sebaya, Nur Syahirah Mohd Wari yang memiliki ketinggian 124 sentimeter (cm) tetap cekal untuk menggapai impiannya.

Berkat doa dan usaha keras, gadis berusia 23 tahun itu akhirnya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Media Digital di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan, Mac lalu.

*EMBED*

Kisah 'graduan paling comel' itu meraih perhatian ramai selepas foto ketika majlis graduasinya dikongsi menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

"Sebenarnya konvo dah lama, Mac lalu. Cuma saya baru post. Saya nak kongsi hasil photoshoot. Ia sekadar perkongsian biasa, tiada niat nak viral. Tapi tak sangka blow up di TikTok.

"Sebelum ni saya ada share juga, cuma tak viral macam ni. Saya terharu sebab ramai komen cakap saya comel. Tiada yang pandang negatif, komen-komen semua positif.

Badan semua normal, cuma masalah tulang... saya tiada masalah kesihatan lain.

NUR SYAHIRAH MOHD WARI

"Dengan perkongsian ini, harapnya mereka yang senasib dengan saya tak mudah rasa down. Kita tak boleh takut untuk ke depan kerana setiap kekurangan pasti ada kelebihan," ujarnya yang senang disapa Syira.

Bercerita kepada mStar, gadis yang menetap di Sungai Buloh, Selangor ini mengakui banyak kenangan pahit manis yang dikumpul bersama rakan-rakan sepanjang empat tahun pengajian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh rahsia Allah, lelaki ini pilih wanita kerdil jadi suri hati... Rupanya nasi goreng udang jadi penambat perut encik suami

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan 20kg, ibu kerdil terpaksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bersalin... syukur kelahiran dipermudahkan

Paling diingati katanya, dia dan rakan-rakan terpaksa bertungkus-lumus menghabiskan barang jualan untuk Hari Usahawan sebelum Malaysia diletakkan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

"Pengajian saya jadi empat tahun disebabkan Covid-19. Memang banyak kenangan dan dugaan masa belajar. Saya ingat lagi sehari sebelum PKP. Selepas diumumkan tentang PKP, kami semua terpaksa habiskan barang jualan yang sepatutnya dijual untuk Hari Usahawan.

s2

Selepas menamatkan pengajian di KKTM embau, Syira kini bekerja sebagai pereka grafik.

"Masa tu memang kelam-kabut. Tapi tetap berjaya jual sampai habis. Selepas itu, kami semua diarahkan pulang ke rumah. Masa tu saya dah semester akhir. Jadi terkilan sikit sebab terpaksa berpisah dengan rakan-rakan dalam suasana kelam-kabut. Itulah hari terakhir kami di asrama," ceritanya lagi.

Syira yang kini bekerja sebagai pereka grafik di Puncak Alam turut mengimbas detik-detik awal dia didiagnos menghidap masalah tulang yang membantutkan tumbesarannya.

Menurut Syira, dia membesar secara normal, namun mula menyedari ketinggiannya terbantut ketika sedang menuntut di sekolah menengah.

s3

Syira meraikan hari bersejarah itu bersama kedua ibu bapanya.

"Masa kecil tak detect lagi. Masa sekolah menengah baru detect. Jadi tertanya-tanya, kenapa tak tinggi-tinggi? Bila follow up hospital, dapat tahu saya ada masalah tulang. Dimaklumkan tulang tak berapa okey.

"Badan semua normal, cuma masalah tulang. Saya tiada masalah kesihatan lain. Waktu sekolah dulu, tak ada yang ejek-ejek teruk. Cuma ada kawan-kawan yang bergurau. Contohnya suruh saya duduk depan dalam kelas, sebab saya pendek.

"Tiada ejekan yang menyakitkan hati. Alhamdulillah, semua layan okey, tiada buli yang teruk," ujarnya mengakhiri bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain