suria

Jemaah berhimpit dengan stroller, ruang solat makin sempit... Wanita bawa anak diminta fikir panjang, bimbang karpet dicemari najis

Seorang pengunjung pusat membeli belah membawa masuk stroller ke dalam surau wanita.

KETIKA ini boleh dikatakan hampir semua pusat beli-belah di negara kita dilengkapi dengan kemudahan surau.

Sudah pasti apabila melibatkan kemudahan guna sama, setiap pengunjung bertanggungjawab menjaga kebersihan serta peralatan yang sudah disediakan.

Namun begitu ada kalanya kita terlepas pandang mengenai hal-hal tertentu yang boleh mengundang rasa kurang selesa orang lain.

Dalam satu perkongsian di laman TikTok, seorang pelayar memuat naik satu video memaparkan tindakan seorang pengunjung membawa masuk kereta sorong (stroller) bayi ke dalam surau.

"Sebab kes curi dan rompak semakin berleluasa, terpaksalah mommy ni bawa stroller masuk ke dalam surau.

"Aduhai mommy, jangan begitu... kalau boleh gilir-gilir jaga stroller dengan daddy kan lebih baik," tulisnya dalam kapsyen pada video berkenaan.

surau

Kemudahan surau yang disediakan di kebanyakan lokasi tumpuan ramai. -Gambar hiasan

Menurut pelayar berkenaan, tujuannya membuat rakaman dan memuat naik video di laman sosial hanya sekadar untuk memberi teguran agar pengunjung lebih cakna mengenai soal kebersihan.

Tambahnya, ini kerana dibimbangi permaidani atau lantai surau yang dijadikan ruang untuk bersolat dicemari dengan najis yang mungkin terlekat pada roda stroller.

ARTIKEL BERKAITAN: Selipar dah ‘tanda’ dengan paku tetap hilang di surau, rupanya jemaah guna pergi tandas! ‘Misteri’ cuma sebelah je basah

ARTIKEL BERKAITAN: Seram solat di R&R, disangka surau kosong rupanya ada ‘peneman’! Makcik tepuk bahu terus jadi misteri

"Sebab kita semua pun bersolat di situ juga. Dah la surau ni kecil, masa Maghrib pun ada orang terpaksa himpit dengan stroller.

"Buat peringatan kita semua ye? Fikir orang belakang konsepnya," tulisnya lagi sambil menambah insiden tersebut dirakam di surau sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor.

Betul... mana tahu tayar stroller dah golek-golek langgar najis ke

NETIZEN

Sehingga kini perkongsian pelayar berkenaan meraih lebih 16,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, ada di antara warga maya yang berkongsi pengalaman sama malah mereka turut memberi cadangan untuk dijadikan panduan bersama.

komen stroller

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Saya bawa anak dan terpaksa bawa masuk stroller, tapi tak letak di karpet. Saya letak tepi tempat wuduk dan lipat siap-siap.

"Saya nak cepat solat, tak bergilir pun jaga stroller... tinggal dekat luar. Tawakal je.

"Saya pun pernah tegur benda ni. Mereka satu famili, boleh kot nak gilir-gilir. Lepas saya tegur, dia pindahkan.

"Betul... mana tahu tayar stroller dah golek-golek langgar najis ke," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain