suria

Suami guna taklik halang isteri beli susu formula jenama sokong Israel... Ibu serba salah tengok bayi sakit tak serasi produk baharu

Selain susu badan, bayi juga diberikan susu formula untuk tumbesaran mereka. -Gambar hiasan

RAMAI netizen menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin dengan memboikot jenama serta produk yang berpotensi menyalurkan dana kepada Israel.

Selain produk makanan, minuman dan pakaian, seorang wanita mengakui dia dan suami turut memboikot jenama susu formula yang diminum bayinya kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Ekoran tindakan itu, bayinya yang berusia enam bulan mengalami pendarahan ketika membuang air besar, dipercayai tidak serasi dengan susu formula baharu.

123rf

Ibu bapa perlu memberi nutrisi secukupnya agar anak dapat membesar dengan sihat. -Gambar hiasan

Namun ujar si ibu dia tiada pilihan untuk kembali menggunakan jenama susu sebelum ini kerana perlu patuh kepada arahan suaminya.

"Assalamualaikum semua, ada yang pengalaman baby buang air besar berdarah tak? Anak saya enam bulan, sejak mula kempen boikot dah tukar susu empat kali daripada susu asal.

"Dah jumpa doktor, cuma dapat air garam dan krim sapu sahaja. Doktor nasihatkan untuk tukar susu lain. Tapi saya terikat dengan taklik kalau bagi anak minum susu yang diboikot, nanti jatuh talak.

Disebabkan saya terikat dengan taklik kalau bagi anak minum susu yang diboikot, nanti jatuh talak.

WANITA BUNTU

"Jadi ibu-ibu lain boleh cadangkan saya susu lain tak? Saya pun dah cuba beberapa susu jenama lain. Tolong bantu saya. Saya buntu," ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Pertanyaan wanita itu dibuat menerusi kumpulan Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Tangkap layar hantaran itu yang meraih pelbagai reaksi pelayar Facebook turut menjadi topik perbualan di laman X selepas ia disebarkan oleh seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Setia hirup kopi jenama dikaitkan dengan Israel, wanita ini tolak gerakan boikot... Simpati nasib pekerja majoriti Melayu Muslim

ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan OKU terjejas, staf sambilan hilang kerja... Ramai meratap sedih, terkesan gerakan boikot produk sokong Israel

"Saya rasa ia semakin tak masuk akal. Boikot guna akal, bukan guna emosi atau sentimen," ciap @asrulmm di laman X pada Jumaat.

Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen turut meluahkan rasa berang akan kedangkalan pasangan itu sehingga menjejaskan kesihatan bayi mereka.

Pada masa sama, netizen turut menyelar suami kepada wanita itu yang tergamak menggunakan taklik untuk perkara yang tidak masuk akal.

file6iyq1zscys8t0hsc5rp

Susu formula menjadi antara pilihan ibu bapa untuk anak mereka. -Gambar hiasan

"Ajal maut takdir di tangan tuhan, tapi kalau tak gunakan akal kesian anak dapat mak bapa macam ni.

"Tinggallah suami akak tu. Macam bodoh je. Isu boikot sampai ikat guna taklik. Sekarang yang susahnya dekat anak.

"Suami tu tak ada otak ke apa? Anak dah sakit macam ni, boleh pula ada terikat dengan taklik," tulis beberapa netizen.

Untuk pengetahuan bersama, taklik adalah lafaz yang diucapkan sebagai syarat untuk membatalkan pernikahan jika berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan taklik berkenaan.

Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik, maka berlakulah perceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain