PASTI ramai yang kecut perut apabila melalui sekatan jalan raya atau roadblock. Kadang-kadang perasaan gementar tu datang dengan sendiri tanpa diduga meskipun tiada kesalahan yang dilakukan. Seorang anggota polis trafik berkongsi pengalamannya ketika bertugas dalam sekatan jalan raya apabila mendapati sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. “Kereta ni nampak tergesa-gesa, habis semua kereta dia potong terus ke depan. “Apabila sampai depan dia terus tanya, ‘Cik cik cik, kat sini ada stesen minyak tak?’ soal dia dengan muka acah-acah gelabah. “Ada. Kenapa, minyak nak habis dah ke? Saya soal sambil jeling kat meter,” tulis anggota itu di Facebook. Anggota polis trafik memastikan setiap pemandu mematuhi peraturan jalan raya. -Gambar FB Abam Trafik Pemandu itu kemudian bertanya lagi jarak perjalanan ke stesen minyak itu bagi memastikan dia sempat tiba pada masanya. “Tak la jauh sangat, dalam tiga kilometer. Kalau ikut jalan dalam ni dekat lagi’. Saya balas sambil tunjuk arah jalan ke stesen minyak. “Okay encik, terima kasih ya, balas dia sambil masukkan gear,” katanya yang mengimbas kembali perbualan singkat ketika itu. ARTIKEL BERKAITAN: Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi ‘mangsa’! Dah pandai tegur cara pemanduan mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Polis sibuk ‘tembak’ kereta, budak masjid ajak borak! Banyak kenderaan laju ‘terselamat’ - “Uniform ni panas tak?” Polis trafik tersebut bagaimanapun cuba mengawal keadaan dengan menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu yang kelihatan tergesa-gesa dalam sekatan jalan raya itu. “Eh eh eh, nanti dulu. Kenapa tergesa-gesa sangat ni? Awak dari mana nak ke mana sebenarnya? Cuba saya tengok IC (kad pengenalan) dan lesen memandu kejap? “He... IC je ada encik. Oo.., pandai ek?,” katanya yang turut ketawa bersama pemandu berkenaan. Pemandu itu kemudian diberi saman kerana didapati memandu tanpa lesen yang sah, dan tindakannya itu bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, malah pengguna jalan raya lain. Alasan yang konon nak selamat tapi tak selamat. NETIZEN Sebelum meneruskan perjalanan, polis trafik tersebut sempat menitipkan pesanan kepada pemandu tersebut. “Nanti lepas isi minyak, encik boleh terus settle kat kaunter trafik ya. “Aik, bukan ke kalau kesalahan tak ada lesen memandu kena settle kat mahkamah? Dia tanya dengan wajah kehairanan. “Sekarang kesalahan tiada lesen memandu dah boleh dijelaskan di kaunter, bukan lagi kategori Non Compoundable (tidak boleh dikenakan kompaun),” balasnya. Anggota polis trafik menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. -Gambar FB Abam Trafik Dalam pada itu, anggota polis trafik turut berpesan kepada semua pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan seperti mempunyai lesen memandu yang sah. “Cuba la usaha ambil lesen memandu. Harga saman tu nak sama dengan 1 gram emas tau. Kalau konsisten simpan setahun dan boleh ada goldbar 10 gram,” ujarnya lagi. Di ruangan komen menerusi hantaran Abam Trafik di Facebook, rata-rata netizen memuji anggota polis tersebut yang sentiasa peka dengan alasan, taktik dan tingkah laku pemandu ketika beroperasi semasa sekatan jalan raya. “Berani dia acah-acah kalut depan abam trafik. “Alasan yang konon nak selamat tapi tak selamat. Alaa kassim. “Taktik nak tergesa-gesa pergi stesen minyak ni dah dalam poket,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube