suria

Pekerja pembersihan termenung seorang diri, lelaki syak ada yang tak kena... Rupanya runsing tak cukup duit nak beli susu anak

Seorang pemuda menghulurkan bantuan kepada lelaki yang dalam kesusahan.

KETIKA dirasakan hidup sarat dengan pelbagai kesulitan, nescaya ada insan lain yang lebih berat diuji.

Justeru kita perlu sentiasa ingat, dalam setiap rezeki yang diperolehi, ada juga bahagian orang lain.

Melalui satu video tular di TikTok, pemuda dikenali sebagai Saharuddin Amirullah dilihat bermurah hati berkongsi rezeki dengan seorang lelaki yang sedang dilanda kesusahan hidup.

Penyerahan bantuan kepada seorang lelaki yang sedang diuji kehidupannya.

Menerusi video yang dikongsikan Saharuddin di TikTok, lelaki tersebut dilihat berteduh di bawah redup sebatang pokok sambil asyik melayan fikiran.

"Tengok daripada jauh abang ni tengah berehat seperti banyak yang dia fikirkan.

"Jadi saya pun pergi tegur abang ni. Saya tanya, abang tengah rehat ke?, dia kata ya, sedang duduk tenang-tenang kejap. Kemudian saya tanya bekerja sebagai apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Harapan pakcik ini berkecai, baki dalam bank hanya RM14... Tiba-tiba muncul hamba Allah, baik hati hulur duit buat belanja

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menggigil sejuk tepi jalan pukul 5 pagi! Keluar sendirian nak cari anak, kemalangan sebab brek motor rosak

"Rupanya dia bekerja tukang bersih di kawasan sini, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah. Dikatakan gaji dia hanya sekitar RM1,500 sebulan, tak cukup pun sebenarnya nak beli susu anak yang dah habis di rumah.

"Simpati dengan nasib abang tu, saya kata dekat dia, tunggu kejap nanti saya datang balik," ujar Saharuddin.

Ternyata Saharuddin tidak kembali dengan tangan kosong sebaliknya dia membawa sedikit bantuan makanan untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Tiada apa yang kami harapkan melainkan hanya mahu melihat senyuman kegembiraan terpancar di wajah abang ini.

SAHARUDDIN AMIRULLAH

"Pada awalnya, cuma mahu bagi bakul makanan tapi apabila abang ni beritahu susu anak di rumah sudah habis dan gaji lama lagi nak masuk, saya terus hulurkan sekali duit.

"Duit tu untuk pembelian susu buat anak-anak abang ni. Apabila tengok senyuman kegembiraan terukir di wajah abang ni, kami ikut senang hati. Itulah sebenarnya yang kami harapkan," kata Saharuddin.

Pada ruangan kapsyen, Saharuddin berkata hatinya luluh untuk melihat lelaki tersebut bersedih.

"Tiada apa yang kami harapkan melainkan hanya mahu melihat senyuman kegembiraan terpancar di wajah abang ini.

Sebahagian komen warga maya.

"Kita bantu abang ni biar dia kembali bersemangat," tulis Saharuddin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terharu dengan jasa baik pemuda berkenaan.

"Terima kasih orang baik, semoga sihat selalu. Didoakan supaya dimurahkan rezeki anda.

"Pertolongan anda tiba tepat pada waktunya, mak saya dulu pernah berada dalam situasi abang ni, ada orang bagi mak saya RM50, mak saya cakap ibarat diberikan nyawa semula.

"Alhamdulillah, semoga kita semua dapat terus berbakti kepada orang yang kurang bernasib baik," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain