suria

Seronok jadi penyondol, dilebihkan dalam setiap hal! Tak pernah kantoi sebab tahu ‘peranan’, tapi akhirnya undur diri

Perkahwinan tidak lekang dengan ujian, antaranya kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN kisah rumah tangga di media sosial sebenarnya bukan sekadar coretan pengalaman sebaliknya dalam masa sama ia memberikan pengajaran buat orang lain.

Bercakap mengenai dugaan dalam sesebuah perkahwinan, perkara yang paling sinonim adalah kisah kecurangan ataupun dalam erti kata lain, hubungan diganggu orang ketiga.

Biasanya kita disajikan dengan luahan isteri yang dicurangi, namun dalam satu perkongsian di laman X, pengakuan seorang wanita yang merupakan bekas 'penyondol' mencuri tumpuan ramai.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkongsi cerita mengenai kisah percintaannya dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang begitu 'terjaga' sehingga tidak berjaya langsung dihidu oleh si isteri.

Menurut wanita berkenaan, sebagai 'kekasih gelap', dia sudah terbiasa dengan jadual giliran untuk meluangkan masa bersama lelaki berkenaan, sama ada berjumpa, berhubung menerusi WhatsApp atau panggilan telefon.

sondol 1

Kebanyakan lelaki licik bermain kayu tiga agar tidak dapat dihidu pasangannya. -Gambar hiasan

"Boleh text office hour je, weekend hanya kalau dia yang contact dulu. Kalau weekend tu long weekend, tunggulah sampai hari yang working days.

"Selalunya dia akan balik lewat pukul 10 malam macam tu sebab memang workaholic, so kadang-kadang aku teman dia dinner atau coffee sebelum dia balik ke pangkuan keluarga," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun kahwin, suami menganggur curang 5 kali! Jual kereta dibeli isteri, buat hutang sebelum lari dengan awek baru kenal 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

Tambahnya, tidak pernah langsung timbul perasaan cemburu di hatinya meskipun lelaki berkenaan melebihkan masa bersama isteri dan keluarganya.

"Tak rasa cemburu sebab aku rasa dia lebih banyak bercerita dekat aku daripada wife dia. Lagi banyak masa spend dengan aku walaupun online je.

"Lebih dapat banyak attention daripada wife dia. Banyak benda pasal dia yang aku lebih tahu daripada wife dia," ceritanya.

Sedihnya baca... kesiannya dekat wife dia. Percaya dekat laki dia but end up laki dia curang.

NETIZEN

Tidak mendedahkan berapa lama tempoh percintaan terlarang itu, wanita berkenaan berkata dia bagaimanapun akhirnya mengambil keputusan untuk mengundur diri.

Ujarnya, keputusan tersebut didorong apabila timbulnya kesedaran dalam diri dan tidak mahu menanggung kifarah di kemudian hari sekiranya berterusan menjadi 'penyondol'.

"Aku tak nak pun laki orang tu, aku cuma nak companionship which laki bujang luar sana boleh provide and aku tak nak rasa restricted.

"Perasaan jadi kekasih gelap tu macam tak best so aku tinggalkan dia.

"Lelaki tu meroyan gila sampai cari aku dekat semua tempat. Datang apartment aku, call aku banyak kali suruh turun... aku sampai ke sudah tak turun dan ghost dia macam tu je," kongsinya.

Pada akhir coretan, wanita tersebut menitipkan pesanan buat kaum Hawa agar tidak menjadi seperti dirinya dan mengambil iktibar daripada kisahnya.

komen sondol

Reaksi sebahagian warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Kalau nak jadi penyondol, sila ingat dunia ni macam roda. Kalau dia boleh cheat bini dia, takkan tak boleh cheat kau kan?

"Memang seronok adrenaline rush tu menyondol laki orang tapi fikir-fikirkanlah.

"Bawa-bawalah sedar diri ya... tak payah berangan sangat dengar successful stories of penyondol. Tak berbaloi susah payah kau nak fight for orang punya. Pergi cari laki bujang," akhirinya.

Kisahnya yang dikongsikan di laman @meinmokhtar mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap isteri lelaki berkenaan.

"Sedihnya baca... kesiannya dekat wife dia. Percaya dekat laki dia but end up laki dia curang.

"Apa anon ni cakap betul sebab aku pernah berada di posisi the wife.

"Anti betul aku dengan penyondol ni. Kenapa nak rasa bangga eh dapat sondol? Tak sedar ke sebenarnya kau tu hanya tempat fun je. Tergamak sakitkan hati kaum sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain