KELEWATAN bas ekspres ke destinasi yang dituju sering berpunca daripada faktor kesesakan lalu lintas. Namun lain pula kisah tular ini apabila sebuah bas yang menuju ke Terminal Bas Larkin, Johor Bahru, Johor pada Isnin lewat tiba untuk mengambil penumpang dipercayai berpunca daripada sikap pemandu dan seorang lagi stafnya. Menerusi klip video tular, salah seorang pekerja syarikat bas ekspres yang duduk dekat dengan gear dilihat mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) ‘Aksi’ staf lelaki itu yang berkali-kali mencium pipi pemandu wanita berkenaan mengundang perasaan tidak senang para penumpang. Ketika itu bas yang dikendalikan sedang bergerak dan dalam perjalanan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur selepas mengambil penumpang di Terminal Bas Larkin. Menurut kapsyen pemilik video itu, bas tersebut dijadualkan bertolak pada pukul 3 petang, Isnin tetapi tiba lambat di stesen. ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh wanita bertudung buat ‘food review’ ghairah, jilat makanan bentuk kemaluan dikecam ARTIKEL BERKAITAN: Bertudung tapi tak senonoh, wanita melutut sambil jilat aiskrim depan kemaluan lelaki! Ramai sindir hantaran mesti mahal "Larkin ke TBS, bas 3 petang! Dah delayed, pukul 6 petang bas baru sampai... tak ada maklum apa-apa, alih-alih pemandu macam ni. "Perkhidmatan teruk! Yang bawa tu perempuan," luahnya. Menerusi klip video kedua yang turut tersebar, lelaki berkenaan juga dilihat membantunya menukar gear semasa pemandu wanita itu sedang mengendalikan bas. Kalau kemalangan sia-sia sahaja... kalau belum kahwin, tu berzina kemudian menyebabkan musibah pada orang awam. WARGA MAYA "Seorang bawa bas, seorang masukkan gear... siapa bawa bas macam ni," tambahnya lagi. Situasi itu sekali gus mengundang kecaman warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa bimbang untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan. "Kalau ya pun, sabarlah... tunggu penumpang habis. Warga maya meluahkan kebimbangan dengan aksi pemanduan tersebut. "Nak hairan, tapi aku sendiri pernah alami semasa pemandu rehat kat belakang. Dia k*****k pemandu perempuan lain, masa tu aku dalam perjalanan dari Perlis ke Terengganu. "Suami isteri? Kalau tak memang c****a! Kemalangan nanti kau bukan nak tanggung. "Kalau kemalangan sia-sia sahaja... kalau belum kahwin, tu berzina kemudian menyebabkan musibah pada orang awam," ujar beberapa warga maya. Difahamkan, aksi sumbang tersebut telah mendapat perhatian pihak syarikat bas persiaran terlibat. Malah, kedua-dua pelaku terbabit dikenakan pemotongan gaji terakhir, selain dibuang kerja serta-merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube