suria

Tiba-tiba ada kereta datang, wanita baru belajar memandu depan rumah panik... Terus matikan enjin, tinggal kereta parking senget

Seorang wanita berkongsi pengalaman memandu kereta manual. -Gambar FB Nurul Ika Ibrahim

ADA lesen tapi takut memandu? Tidak dinafikan terdapat segelintir pemegang lesen terutama kaum wanita takut memandu kerana kurang keyakinan.

Namun tanpa diduga, seorang wanita berjaya mengatasi ketakutan itu dengan memandu kereta sendiri dari kawasan garaj ke luar rumahnya.

Wanita itu dengan bangganya memuat naik foto kereta yang diletakkannya di luar pintu pagar sebagai bukti dia memandu kenderaan itu.

“Gambar ni saya ambil selepas dah berjaya bawa kereta ni keluar dari parking dalam pagar. Suami tak ada kat rumah pun masa ni. Saya saja cabar diri.

“Saya berani sebab jalan depan rumah ni jarang orang lalu. Tambahan hari bekerja pula kan, siapa nak lalu,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook Nurul Ika Ibrahim.

Participant in the JPJ test at Institut Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd in Taman Sri Muda, Shah Alam. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Ujian memandu merupakan proses untuk mendapatkan lesen memandu. -Gambar hiasan IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Namun tanpa diduga, dia berdepan saat yang mendebarkan tatkala kereta yang dipandunya masih berada di tengah jalan.

“Masa nak betulkan parking kat luar, tiba-tiba nampak ada kereta nak lalu... gelabah saya. Terus matikan enjin dan masuk ke rumah, itu yang parking senget macam tu.

“Tapi saya berjaya undurkan kereta... ke depan, undur dan ke depan. Masa tu memang rasa berat sangat, handbrake tak tarik, patutlah,” ujarnya yang mengakui tidak biasa memandu kereta.

Walaupun dalam situasi cemas, menurut Ika anak-anaknya begitu teruja dan kagum melihat kebolehannya memandu kereta sendiri tanpa pengawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam... rupa-rupanya 2-in-1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak izin anak gadis nak ambil lesen kereta, akhirnya buka sendiri pusat latihan memandu - “Saya jadi pelajar pertama”

“Dalam kepala mereka ni dah set, lelaki je boleh memandu, perempuan tak boleh. Siapa entah yang ajar,” ujarnya.

Menurut Ika lagi, ini bukan pertama kali dia cuba untuk memberanikan diri memandu, namun sentiasa merasakan proses itu terlalu rumit.

“Sudah banyak kali saya cuba belajar, tapi tak bolehlah. Takut, kereta suami ni manual, saya rasa macam banyak betul benda nak kena handle.

“Nak tekan clutch, nak masuk gear, bagi signal, tengok cermin sisi, cermin belakang dan kawal stereng. Ahh... stres saya.

“Kalau kereta auto saya berani sikit, pernah pandu kereta bawa adik pusing-pusing kampung. Okay je, cuma rasa berdebar tu ada la,” tambahnya.

Suami kata lepas ni, bolehlah belajar bawa kat jalan raya pula.

NURUL IKA IBRAHIM

Mengakui masih tidak mahir memandu, Ika berharap masyarakat mengubah persepsi terhadap wanita yang tidak boleh memandu.

Ini kerana baginya, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya.

Traffic condition at the Sungai Besi toll plaza towards the South and towards Kuala Lumpur City Centre on November 10, 2023. Highways throughout the country will be toll-free for all vehicle classes in all plazas on Saturday and Sunday (Nov 11 and 12) in conjunction with the Deepavali celebrations. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Memandu ketika kesesakan lalu lintas menguji kesabaran. -Gambar hiasan MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

“Janganlah kata perempuan tak reti pandu ni tak boleh berdikari, tahu bergantung dengan lelaki je. Hari ni mungkin tak boleh, siapa tahu esok lusa dia boleh.

“Jangan terkejut kalau hari-hari update kat sini (Facebook) sebab dapat pulas stereng kereta. Oh ya, dah ambil gambar ni, saya hantar kat suami, dia macam wow.

“Suami kata lepas ni, bolehlah belajar bawa kat jalan raya pula. Eh tidak ler, kalau nak belajar memandu pun bukan dengan dia la, nanti kerja menangis je aku,” ujarnya berseloroh.

Di ruangan komen di Facebook Ika, rata-rata netizen turut memberi kata-kata semangat di atas keberanian memandu kereta bersendirian tanpa suami di sisi.

“Alhamdulillah. Tahniah, satu permulaan yang baik. Betul, kita perempuan jangan mengharap sangat pada suami. Seelok-eloknya belajar dan buat dengan hati yang kental. Kalau ada hal kecemasan, kita juga yang senang.

“Tahniah, bukan senang nak lakukan langkah pertama. Apabila dah cuba nanti, akan ada rasa keberanian tu, InsyaAllah. Satu hari pasti berjaya.

“Memang hebat ni kalau kereta manual, boleh bawa keluar parking dan reverse pula,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain