TAK pernah menyangka dia jadi suami saya! Begitulah reaksi seorang wanita tentang kisah perkahwinannya dengan crush zaman sekolah yang sedang tular di aplikasi TikTok. Menurut Anis, 24, dia meminati suaminya sejak tingkatan tiga, namun mereka baru sahaja bersahabat sebelum bercinta sekitar hujung tahun lalu. Anis tidak menyangka crush zaman sekolah kini bergelar suami. Imbas Anis yang juga seorang pembantu klinik, suaminya iaitu Amie, 25, tiba-tiba menghantar mesej bertanyakan tentang rawatan mencuci gigi. "Saya kenal suami lama dah, sejak sekolah lagi. Dia senior, saya junior. Minat dia sejak sekolah lagi. Crush dekat dia, tapi macam biasa, tahu dah kena reject nanti. Then tak apalah, biar je masa berlalu. "Tiba-tiba hujung Disember tahun lepas saya dapat mesej daripada dia tanya tentang scaling gigi. Terus berbunga hati ini. Rupanya dia tak pergi scaling pun, dia memang buat modal nak mengurat. Masa sekolah saya crush kat suami tapi tak pernah bertegur bercakap... hanya tengok dari jauh saja. ANIS "Sebenarnya dia penakut sangat bab gigi ni. Klinik saya bekerja tu dekat Bandar Puteri, Puchong. Bermula pertanyaan scaling, terus diijab kabul pada 13 Mei 2023," ujar Anis kepada mStar. Mengimbas kenangan zaman sekolah, Anis berkata dia tidak pernah membayangkan pemuda itu akan menjadi suaminya suatu hari nanti. Tambah Anis, suaminya juga mengakui tidak pernah menyangka mereka berdua akan bergelar suami isteri memandangkan mereka tidak pernah bersahabat ketika di sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Crush masa Form 1 muncul di kenduri kahwin kakak, bermula curi pandang kini jadi tunang - “Masa majlis bertandang, dia beranikan diri hubungi saya” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘gebu’ gagahkan diri confess dekat crush, penantian berakhir dan persoalan terjawab - “Cuma saya terlambat” "Masa sekolah saya crush kat suami tapi tak pernah bertegur dan bercakap. Hanya tengok daripada jauh saja. Suami pun tak sangka akan berjodoh dengan saya. "Selepas kami kenal hati masing-masing tahun lepas, dia cakap saya layan dia macam dah lama bercinta, macam dah kenal lama. Banyak juga saya jaga segalanya, sedangkan masa tu masih belum ada apa-apa ikatan. "Ceritanya, suami saya ni memilih sejak dia trauma dalam bercinta. Mak ayah suami pun ada cerita yang suami pernah cakap dia tak nak kahwin. Lama juga dia tak bercinta," ceritanya lagi. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan pada Mei lalu. Dalam pada itu, Anis berkata dia tidak menyangka perkongsiannya tentang perkenalan dan perkahwinan mereka meraih perhatian netizen di TikTok. "Saja kongsi nak buat kenangan. Lagi satu, saya masih tak percaya kahwin dengan crush sendiri. Tak sangka kahwin dengan crush yang tak pernah bercakap dan bertegur," ujar Anis lagi. Di TikTok, Anis turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar suaminya ketika mereka berkenalan pada Disember tahun lalu. Anis turut berkongsi foto-foto sekitar majlis perkahwinan mereka yang mana kedua-dua mempelai segak berpakaian serba putih di hari bahagia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube