“MACAM di Gaza!” Demikian antara luahan seorang pelayar laman X selepas menonton klip video bunga api yang dimainkan beberapa individu secara luar kawalan di sebuah pangsapuri. Mana tidaknya, ia kelihatan membahayakan kerana bunga api itu dimainkan di kawasan sempit antara bangunan kediaman. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi perkongsian seorang pelayar laman X, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Damansara, Kuala Lumpur. "Katanya di Damansara," ciapnya ringkas. Berdasarkan klip video tular itu juga, bunga api yang dinyalakan di atas tanah bukan sahaja meluncur terus ke ruang udara bahkan 'mendarat' di kawasan koridor beberapa aras di pangsapuri berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa serang kami?” - Macam perang! Rumah gadis dibaling mercun, batu sejak 1 Ramadan... dah 2 ahli keluarga cedera ARTIKEL BERKAITAN: Bunga api meletup di tangan anak, netizen ‘sembur’ ibu bapa lalai! Ramai makin risau andai mercun dihalalkan, makin tiada kawalan Situasi yang berlaku itu dilihat membahayakan mereka yang berada di kawasan sekitar kerana boleh mengakibatkan lecur dan terbakar seperti beberapa insiden sebelum ini. Difahamkan mercun dan bunga api itu dimainkan pada malam perayaan Deepavali baru-baru ini sebagai simbolik sambutan dan memeriahkan suasana. Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kebimbangan dan menyelar tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah individu tersebut. Aku langsung tak faham kenapa orang suka main mercun tempat sempit. WARGA MAYA Pada masa sama, mereka turut berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap individu terlibat sekali gus memberi pengajaran pada masyarakat supaya lebih prihatin. "Tak marah sambut dengan mercun tapi biar dengan cara dan tempat yang betul. Orang yang cukup ilmu dan sahsiah yang bagus tak buat perkara macam ni. "Semalam aku tengah lepak mamak siang hari, dia bakar mercun tengah jalan. Kereta semua terpaksa berhenti dan hon. Rata-rata warga maya menyelar tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut. "Bukan tak bagi main tapi buatlah dekat tempat lapang. Bahayalah macam ni, tak kisah perayaan apa sekali pun tapi kena hati-hati dan bertanggungjawab serta peka keadaan sekeliling," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang berkongsikan beberapa insiden yang berlaku di sekitar kawasan perumahan mereka. Malah ada yang meluahkan kehairanan kerana individu terlibat lebih gemar bermain di kawasan sempit berbanding ruang terbuka seperti taman permainan. "Aku langsung tak faham kenapa orang suka main mercun tempat sempit. Area rumah aku ada padang rumput seluas 110m x 160m... tapi masih main atas jalan depan rumah. "Macam kawasan perumahan teres, ada playground atau padang yang boleh mereka belasah main mercun tapi selamba main depan rumah yang banyak kereta jiran parkir. "Ada yang paling teruk bakar mercun daripada balkoni atau tingkap bilik tidur... memang tak elok perangai macam ni di rumah strata," tambah beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube