PERKAHWINAN bukan sekadar ikatan lelaki dan perempuan, sebaliknya ia menyatukan hubungan antara dua buah keluarga. Disebabkan itu kita diminta untuk berbuat baik kepada ibu bapa mentua, sebagaimana melayan kedua-dua orang tua kandung sendiri. Di TikTok, tular sebuah video kisah mentua yang berkunjung ke rumah anak menantunya sehingga ia meraih perhatian netizen. Suami yang bertanggungjawab akan bekerja keras demi kebahagiaan keluarga. -Gambar hiasan Menurut individu itu, dia tersentuh melihat kasut kerja milik menantu lelakinya yang dianggap sebagai simbol pengorbanan dalam menyara keluarga. "Saya ke rumah anak. Terpandang di satu sudut, kasut kerja milik menantu saya. Bukan kasut kulit berkilat atau yang berjenama mewah. "Kepada menantu saya. Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab, menjaga segala keperluan isteri dan anak. Sedangkan diri sendiri serba kekurangan," ujar si ibu sambil berkongsi keadaan kasut menantunya yang kelihatan lusuh dan terkoyak. Sama macam menantu saya. Kerja keras untuk senangkan anak dan cucu saya. Tak apa kasut tak berkilat pun. NETIZEN Dalam video sama, individu berkenaan turut menzahirkan ucapan penghargaan buat menantunya yang cekal mencari rezeki meskipun kehidupan mereka tidak semewah keluarga lain. Selain menyampaikan pesanan buat menantunya untuk terus bekerja keras, dia turut menasihati anak perempuannya supaya menghargai segala penat lelah suami. "Pesanan saya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Teruskan berusaha, jangan mengeluh, jangan kecewa. Pasti hidup akan lebih berjaya pada masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua tengking menantu perempuan, berang lambat beraya rumah suami... Tanggung malu tetamu penuh rumah! ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kantoi tengah mengangkang atas nasi panas! Menantu perempuan dapat jawapan, rupanya disihir sampai jadi bodoh "Pesan untuk anak saya, jangan sesekali lupa pengorbanan suami. Hargai segalanya. Kami doakan semoga anak menantu kami berjaya dunia akhirat," ujarnya lagi. Sehingga kini, video di akaun TikTok Rah Mat itu meraih lebih 63,000 tontonan. Video tersebut turut dihujani pelbagai komen, termasuklah daripada individu yang bergelar mentua dan menantu. "Sama macam menantu saya. Kerja keras untuk senangkan anak dan cucu saya. Tak apa kasut tak berkilat pun. Selain menyediakan tempat berteduh, suami juga bertanggungjawab menjaga kebajikan anak dan isteri. -Gambar hiasan "Sama la. Menantu lelaki dan perempuan saya banyak bantu. Masing-masing kerja cukupkan nafkah dan keperluan hidup bersama pasangan. Cukuplah mereka bahagia dengan cara mereka. "Dulu sebelum kahwin dengan isteri, pak mentua pesan ada tulang empat kerat perut tak akan lapar. Saya ingat sampai sekarang. Syukur boleh juga hidup macam orang lain. "Bertuah dapat mentua macam ni. Pergi rumah anak menantu, doakan anak menantu," ujarnya beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube