suria

Rumah mak ayah atas tanah rizab kerajaan bakal diroboh untuk buat taman! Anak merungut pampasan cuma RM6,000

Binaan yang dibina di atas tanah rizab terpaksa dirobohkan. -Gambar hiasan

SIAPA yang tidak sedih apabila rumah yang menjadi tempat berteduh sejak sekian lama bakal dirobohkan.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh seorang individu di laman TikTok mengenai rumah ibu bapanya, sehingga mengundang simpati warga maya.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan berkata, tanah yang menjadi tapak rumah ibu bapanya bakal diambil oleh pihak swasta untuk memberi laluan kepada pembinaan taman.

"Pihak swasta nak ambil tanah untuk buat laluan nak buat taman sedangkan kami duduk sini dah lama.

"Tak dinafikan pihak swasta nak bagi tanah tapi tak sukat lagi tanah dan kami terpaksa kena keluar dahulu cari rumah lain," kongsinya.

Menurut individu berkenaan, pihak tersebut juga menjanjikan pampasan sebanyak RM6,000 kepada mereka namun jumlah tersebut dirasakan tidak setimpal.

roboh 1

Salah satu kes binaan haram yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa. -Gambar hiasan

"Bagi pampasan RM6,000? Adakah cukup untuk kami buat rumah balik? Persoalannya, cukupkah kami yang ada adik-adik ramai. mak abah hanya berniaga, bukan kerja government," luahnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan pelbagai reaksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Remuk hati tengok jentolak roboh rumah depan mata... 40 tahun duduk atas tanah TOL, tiba-tiba diusir keluar!

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan joging awam dibuat kebun siap pagar! Penduduk setempat terpaksa ke tempat lain untuk rekreasi

Ada yang meluahkan rasa simpati namun ada juga yang tampil menyatakan pandangan yang sebaliknya.

Ia juga turut menarik perhatian seorang individu dari sebuah syarikat hartanah untuk mengulas perkara berkenaan.

Mengakui kes sedemikian sememangnya banyak berlaku, individu bernama Mohamad Shokri menasihatkan orang ramai agar melakukan pemeriksaan dan rujukan terlebih dahulu terhadap status tanah dengan pihak berkaitan bagi memastikan ia bukan tanah rizab kerajaan.

Dalam kita membenci 'Israhell', terselit perangai orang kita suka stay atas tanah hak milik orang lain juga sama macam diaorang.

NETIZEN

"Selalu jadi macam ni. Bila ada pengambilan, mesti akan terjadi kekecohan.

"Dapat pampasan RM6,000. Kira okaylah walaupun buat rumah atas rizab kerajaan.

"Nak buat rumah, usaha beli tanah. Jangan buat rumah stail zaman dulu... menumpang atas tanah orang. Bila sampai masa, tuan tanah akan halau," tulisnya.

Pandangan lelaki itu turut dipersetujui oleh rata-rata netizen malah menyifatkan apa yang berlaku sewajarnya dijadikan pengajaran untuk orang lain.

komen roboh

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah berkenaan.

"Dalam kita membenci 'Israhell', terselit perangai orang kita suka stay atas tanah hak milik orang lain juga sama macam diaorang.

"Mindset mangsa akan terus rasa diri mangsa.

"Terpaling tersakiti padahal bukan tanah sendiri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain