DALAM tempoh beberapa bulan, Muhammad Riduan Mohd Noor mampu mencuri tumpuan warga maya gara-gara kek tapak kuda hasil air tangannya yang menjadi sebutan. Bukan itu sahaja, pemuda berusia 28 tahun ini juga cepat dikenali kerana ramai yang menyamakan penampilan dan suaranya yang dikatakan hampir sama dengan personaliti dakwah, Ustaz Ebit Lew. Gara-gara imejnya itu, ada yang menuduhnya sengaja berpenampilan sedemikian bagi mengejar populariti di laman sosial. Terbaharu, terdapat pula dakwaan dia pernah mempunyai hubungan akrab dengan seorang lelaki berperwatakan wanita (mak nyah) sebelum mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Bagaimanapun, dia menangkis dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan untuk mencemarkan imej serta namanya. Muhammad Riduan aktif di TikTok bagi mempromosikan kek tapak kuda hasil air tangannya. "Saya memang tak tahu menahu mengenai dakwaan ini. Untuk pengetahuan, saya sepenuh masa bersama dengan mak saya. Tak kenal mak nyah yang tiba-tiba dikaitkan ini. "Saya kahwin pun, saya jaga mak malah isteri pun jaga mak saya. Tak tahu bagaimana dakwaan ini muncul. Bagi saya, yang hantar mesej di Direct Message (DM) dan komen, semua orang baik. "Saya mohon doakan moga saya istiqamah dan dilindungi daripada perkara-perkara tak baik," ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada 10 November. mStar sebelum ini mendapat maklumat daripada sumber yang mendakwa seorang mak nyah kini sedang bersedih dan kecewa selepas Muhammad Riduan yang begitu rapat dengannya akhirnya memilih untuk berkahwin dengan wanita sejati. Sumber yang mendakwa sudah lama mengenali Muhammad Riduan berharap usahawan ini dapat mengatasi isu tersebut dengan baik dan terus menjaga nama serta imej baik dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja iras Putera Mateen minta edit gambar, penyunting terus tunjuk skil... Siap tolong kemaskan rambut, ‘touch up’ wajah! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Auto’ iras Hafidz Roshdi selepas berjaya kurus! Ramai wanita mesej tanya tip, nak kenal - “Masa gemuk saya DM tak dilayan” Dalam pada itu Muhammad Riduan turut mengulas komen netizen yang menyamakan dirinya dengan Ebit dengan berkata, dia sendiri tidak mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut. "Tak pasti sama dekat mana...suara ke atau macam mana. Kalau tengok depan-depan, mungkin nampak bezanya. Bangga juga apabila kita disamakan dengan orang yang baik... Alhamdulillah," katanya yang menetap di Bentong, Pahang. Untuk pengetahuan, saya sepenuh masa bersama dengan mak saya. Tak kenal maknyah yang tiba-tiba dikaitkan ini. MUHAMMAD RIDUAN MOHD NOOR Muhammad Riduan dalam pada itu menambah, dia bersyukur apabila semakin dikenali gara-gara bisnes kek tapak kuda yang diusahakan sejak tiga tahun lalu semakin mendapat sambutan hangat. Malah kek hasil air tangannya sudah 'terbang' ke Sabah, Sarawak dan Singapura. "Saya masih terkejut sebenarnya lebih-lebih lagi selepas video di TikTok viral dan kemudian ditemubual media. "Sekarang memang saya buat kek tapak kuda sepenuh masa... Alhamdulillah, dulu saya buat kek seorang diri saja, kini dah ada tiga pekerja. Antara kek tapak kuda yang mendapat sambutan hangat iaitu Nutella dan Kinder Bueno. "Pada sebelah petang atau malam, saya ajar warga emas di kampung mengaji Al-Quran pula dari Isnin hingga Jumaat. "Saya mahu manfaatkan ilmu yang ada waktu belajar di tahfiz dulu," ujarnya yang pernah menyambung pengajian di Yayasan Tahfiz Darul Furqan dan Darul Tahfiz Bustab Usy' Syaqil Quran, Kampung Chat, Benta, Kuala Lipis. Dalam pada itu, Muhammad Riduan menzahirkan penghargaan buat pengikutnya yang sentiasa menyokong perniagaannya sehingga berada pada tahap sekarang. "Syukur sangat dikelilingi orang baik-baik. Tak mungkin saya beroleh apa yang ada sekarang tanpa sokongan pengikut, orang sekeliling dan yang penting ibu serta isteri saya," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube