suria

Geng OKU pendengaran jadi perhatian gara-gara video ‘ugly iPhone case challenge’, ramai terhibur tengok ‘casing’ tapak kaki

Video ugly iPhone case challenge yang dihasilkan mereka mendapat perhatian ramai.

RAKAMAN video sekumpulan orang kurang upaya (OKU) pendengaran ‘berbual’ tentang sarung (casing) telefon bimbit yang berbentuk pelik mendapat perhatian lebih 2.3 juta warga maya.

Mana tidaknya, meskipun menggunakan bahasa isyarat, apa yang disampaikan mereka seolah-olah turut difahami penonton yang lain.

Berkongsi kisah tentang video tular itu, Nur Ilyia Suhada Anuar berkata, ia dibuat secara rawak selepas melihat rakaman content yang sama dibuat sekumpulan pelayar TikTok baru-baru ini.

“Saya tak fikir apa-apa pun masa tu tapi selepas tengok video viral tentang ugly iPhone case challenge yang orang normal buat nampak menyeronokkan, saya dan kawan-kawan pun mencuba,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Berusia 22 tahun, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini terkejut apabila video yang dihasilkannya bersama rakan-rakan juga menjadi tular.

“Tak sangka pula video tu viral dah. Kami betul-betul tak percaya... tak tahu nak nangis atau ketawa sebab memang sangat gembira.

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden selamatkan orang pekak jentik hati anggota bomba, sanggup belajar bahasa isyarat... Kini rancak bersembang dengan OKU

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tak percaya ‘remark’ pelanggan OKU, panas hati lambat angkat call... Pulang penuh sesal selepas serah order

“Memang seronok sangat sehingga tidak tahu nak gambarkan pada warga maya. Ingatkan apa yang berlaku tu macam mimpi,” katanya lagi.

Meskipun vídeo tersebut mencuit hati kebanyakan pelayar, namun Ilyia mengakui terdapat beberapa komen negatif daripada warga maya.

Pun begitu, dia enggan mengambil pusing mengenainya.

Daripada mula sampai ke akhir aku sengih... semoga persahabatan mereka berpanjangan dan sentiasa dilindungi Allah.

WARGA MAYA

“Ada saja orang komen negatif. Abaikan saja... mungkin mereka belum kenal sangat deaf community,” tambahnya.

Berkongsi serba sedikit tentang latar belakangnya, dia yang bertugas sebagai pembuat konsep (draftwoman) dalam bidang kejuruteraan mempunyai tujuh orang adik-beradik.

Katanya, hanya dua daripada adik-beradiknya dilahirkan normal manakala lima lagi mempunyai masalah pendengaran.

Ilyia bersama seluruh ahli keluarganya.

Ilyia bersama seluruh ahli keluarganya.

Rakan-rakan di dalam rakaman video yang tular itu pula dikenalinya sejak di bangku sekolah.

“Kawan-kawan tu memang sudah kenal sejak sekolah khas... tapi ada juga yang dikenali di luar,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan keinginan untuk mempelajari bahasa isyarat.

Tidak kurang juga yang bertanyakan sama ada bahasa isyarat yang digunakan mereka adalah sama dengan negara luar atau tidak.

Ilyia antara lima beradik yang mengalami masalah pendengaran.

Ilyia antara lima beradik yang mengalami masalah pendengaran.

Malah beberapa pelayar dari luar negara turut membanjiri ruangan komen selepas videonya tular.

"Comel tengok mereka gelak, tak tahu la kenapa aku nangis tengok video ni... seronok tengok persahabatan mereka.

"Daripada mula sampai ke akhir aku sengih. Dua kali ulang, semoga persahabatan mereka berpanjangan dan sentiasa dilindungi Allah.

"Mana awak dapat casing frying pan dan tapak kaki tu.

"Berdekah aku gelak part buka plastik keluar kaki tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain