suria

Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga

Golongan isteri sering dibebani tugasan rumah. -Gambar hiasan The Star

ANTARA punca berlakunya keretakan rumah tangga adalah timbulnya pertikaian tentang tugas dan tanggungjawab.

Ada isteri merasakan dirinya terbeban, tidak adil dan tidak dihargai apabila kesemua tugasan perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan pasangan.

Berdepan situasi sama, wanita ini meluahkan rasa tidak puas hati sehingga dia kini berasa tawar hati untuk melayan sikap dan kerenah suaminya.

"Saya sudah tawar hati dan tidak mampu lagi menanggung penat menguruskan suami yang seperti bayi.

Tugasan rumah tangga sering menjadi punca utama keretakan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Banyak faktor menyebabkan keretakan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

"Katanya tugas dia sediakan tempat berlindung dan penuhkan peti ais sahaja... kira selesai tanggungjawab dan selebihnya saya untuk melaksanakan kerja-kerja di rumah seperti kuli," ujarnya di halaman Facebook

Menurut wanita ini, segalanya bermula apabila dia mula memendam perasaan selepas banyak kehendak tidak dapat dipenuhi disebabkan tidak mempunyai pendapatan sendiri.

Malah katanya, suami sendiri yang tidak mengizinkannya bekerja dengan memberi alasan tiada siapa akan menyediakan makan malamnya.

"Berbekalkan duit nafkah RM200 sebulan, saya perlu berjimat lebih lagi sebab dalam duit itu mesti akan ada saat saya perlu gunakannya untuk membeli barang makan kami anak-beranak.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri serabut suaminya hampir sempurna, rasa diri tak cukup bagus! Datang angin baran terus minta cerai - “Apa dia buat, semua tak kena”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suruh cerai isteri dalam pantang, suami tak sedar puncanya salah sendiri! Buat kesimpulan konon kena sihir

"Dalam tu juga saya akan beli bahan pembelajaran untuk perkembangan anak saya dan belanja balik untuk keluarga sebab dia akan sebut 'tak kan aku tengok kau makan seorang'," luahnya yang mempunyai dua cahaya mata.

Menganggap apa yang dihadapi sejak awal perkahwinan itu adalah tidak wajar, dia terkejut apabila hasrat untuk pergi melancong dibalas dengan nada kasar dan sindiran.

Bahkan suaminya meminta dia mengumpul duit sendiri bagi memenuhi keinginan tersebut sedangkan dia tidak bekerja.

"Suami kata dia boleh izinkan saya bekerja jika kerja itu tidak mengganggu hal rumah tangga. Jadi saya pun buat kerja freelance dengan harapan saya dapat buat simpanan.

Kerja rumah nak kena tunggu bergaduh baru nak buat dan dia kata semua tu tanggungjawab saya.

PELAYAR FACEBOOK

"Kerja tersebut memerlukan saya menggunakan kereta dia, sudahlah purata pendapatan sekitar RM500... dia minta saya tanggung kos penyelenggaraan.

"Setiap kali selepas job, saya akan mencari barang keperluan di pasar untuk dimasak. Apabila cuba claim, dia cakap saya berkira dan patut bersyukur kerana telah disediakan tempat tinggal," tambahnya.

Paling mengecewakan apabila si suami berkata kemahuan isterinya bukan terletak bawah tanggungjawabnya dan setiap keperluan sudah dipenuhi.

Mengakui sudah memperoleh pekerjaan yang sangat fleksibel, dia menyatakan mampu menanggung yuran harian anak sulung sekiranya perlu bekerja.

Warga maya turut berkongsi pandangan.

Warga maya turut berkongsi pandangan.

Anak kedua juga dibenarkan dibawa ke tempat kerja.

"Suami dah kata, dia mampu tanggung asas sahaja, jadi apa yang saya faham ialah saya yang kena tanggung anak apabila sudah bekerja.

"Saya juga sudah mula menanggung bil-bil rumah ayah saya yang tinggal seorang diri. Jadi, saya pilih untuk menanggung ayah saya bagi mengurangkan beban dia untuk teruskan hidup.

"Setiap minggu atau dua minggu sekali saya akan melawat dia dan tanya apa-apa yang diperlukan untuk saya sediakan," katanya yang tinggal di rumah teres dua bilik.

Menurut wanita ini lagi, disebabkan keadaan rumah yang kecil itu, dia tidak dapat membawa bapanya untuk tinggal bersama.

Meluahkan rasa penat memberi komitmen untuk rumah tangga dalam keadaan diri tidak dihargai, wanita ini turut memberitahu bahawa tugas-tugas di rumah hanya dilakukan oleh suaminya selepas mereka bergaduh.

"Selama ni saya uruskan dia macam bayi... sayalah pemandu dia ulang alik pergi kerja. Bekal tertinggal pun saya hantar macam budak sekolah.

"Kerja rumah nak kena tunggu bergaduh baru nak buat dan dia kata semua tu tanggungjawab saya.

"Paling kesal, jika saya sakit (demam), dia langsung tak peduli. Saya minta dia ambil cuti untuk ambil alih jaga anak sebab saya tak sihat tapi dia rela bagi alasan banyak kerja," luahnya lagi yang inginkan penceraian dengan cara baik.

Malah dia sanggup menyerahkan kedua-dua anaknya kepada suami untuk dijaga kerana pernah mengasari mereka termasuk melempang dan terajang kerana tertekan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain