suria

Wanita sedar ditinggalkan pakwe sebab tak cantik! Rasa bazir beli produk kecantikan...Lebih suka makan, belanja mak ayah

Masih ramai wanita yang enggan menitikberatkan penjagaan wajah. -Gambar hiasan The Star

SETIAP anak pastinya ingin membalas jasa kedua-dua orang tua apabila sudah mempunyai pekerjaan tetap.

Malah disebabkan itu, ada yang sanggup mengorbankan keinginan sendiri demi membahagiakan ibu bapa.

Meskipun mengetahui penampilan diri amat penting untuk golongan wanita, namun lain pula dengan individu ini yang memilih untuk bersederhana kerana menganggap pembelian produk dan suplement kecantikan adalah satu pembaziran.

Gara-gara pendiriannya itu, dia ditinggalkan kekasih kerana rupa paras kurang menarik tanpa mengenakan sebarang solekan termasuk gincu.

Wanita perlu menitikberatkan penampilan supaya lebih yakin. -Gambar hiasan The Star

Wanita perlu mementingkan penampilan diri supaya lebih yakin. -Gambar hiasan The Star

Malah dia sendiri berasa sedih apabila melihat wajah di cermin kerana kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Dalam masa yang sama dia masih memegang 'prinsip' bahawa suplement kecantikan mahupun produk penjagaan wajah yang berkesan melibatkan kos yang tinggi.

"I baru ditolak sebab rupa... sedih tengok muka sendiri. I sejenis yang tak bersolek dan gincu pun jarang dipakai.

"Produk penjagaan wajah bukannya murah, selama ini I pakai jenama biasa sahaja," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akui sering ditinggalkan kekasih, pemuda ini serius nak kahwin tapi teman wanita pula kantoi curang! - “Duit tu nak bawa famili makan-makan atau travel”

ARTIKEL BERKAITAN: Pakwe tinggal awek di stesen minyak selepas gaduh! Menangis tak ada duit nak balik, lelaki cuba bantu tapi ditolak

Bukan sahaja enggan berbelanja untuk keperluan diri, wanita ini juga merasakan pendapatan bulanan yang diperolehnya lebih bermanfaat jika digunakan untuk membeli makanan.

Tambahan pula, dia perlu menjaga kebajikan kedua-dua orang tuanya.

"Baik guna duit buat makan. Lagipun, I jaga mak ayah dan sebab itu jugalah rasa sayang untuk guna duit beli barang kosmetik," tambahnya.

Luahan wanita itu dikongsikan seorang pelayar laman X yang menganggap apa yang difikirkannya itu seolah-olah menyatakan mereka yang berbelanja untuk cantik tidak menjaga kebajikan ibu bapa.

Belilah dekat e-dagang semasa sale. Murah sangat, beberapa jenama terkenal pun boleh dapat dan buat pakai di rumah.

WARGA MAYA

"Jadi, akak nak cakap yang suka beli kosmetik ni tak jaga orang tua?" ajunya di laman X.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya menyelar pandangan wanita terbabit yang tidak menjaga penampilan diri.

"Maaf cakap ya, mahu atau tidak sahaja... faham jaga parents tapi penampilan diri kena jaga juga. Apa pun orang akan menilai luaran dahulu sebelum dalaman.

"Jagalah appearance anda, bukan untuk lelaki tapi keyakinan diri.

Warga maya turut berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan produk kecantikan yang murah.

Warga maya turut berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan produk kecantikan yang murah.

"Beli ikan pun orang tengok insang merah, mata cerah baru masuk bakul sis. Kalau sendiri pun tak selera tengok diri, kenapa kita harapkan orang lain selera?

"Kalau rasa tak worth guna duit untuk kecantikan diri, janganlah bersedih apabila tengok diri tak cantik. Awak tak akan dapat kalau tak ada pengorbanan," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, beberapa warga maya turut berkongsi tip supaya wanita terbabit dapat membeli produk kecantikan dan tampil menarik.

"Sis beli semasa jualan murah atau promosi. Belajar sayang diri, nanti mesti sis nak cantik untuk diri sendiri.

"Belilah dekat e-dagang semasa sale. Murah sangat, beberapa jenama terkenal pun boleh dapat dan buat pakai di rumah... lagipun sekali beli boleh tahan dua hingga tiga bulan.

"Kalau simpan RM2 setiap hari dalam sebulan, boleh beli tambahan sunscreen yang akan tahan untuk kegunaan tiga bulan. Belanja dengan bijak dan rajin-rajin survey," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain