KECOH di media sosial sejak Selasa apabila tular video mendakwa seorang pekerja sebuah syarikat bas ekspres mencium pemandu bas utama yang merupakan seorang wanita. Aksi dua individu berkenaan dirakam oleh salah seorang penumpang dan kemudiannya memuat naik rakaman di laman sosial sehingga mengundang kecaman warga maya. Bagaimanapun, seorang penumpang yang lain tampil menceritakan kisah sebenar di sebalik video pendek yang mencetuskan kontroversi itu. Anis berkongsi kisah sebenar mengenai video tersebut. "Saya dan suami saksi kejadian ni. Seat saya dan suami betul-betul belakang driver ni. "Driver lelaki tu sedang betulkan something dekat radio box belakang seat driver perempuan tu. Saya dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitaorang lagi dekat berbanding dengan perempuan kepam menggerutu yang record ni. "Kalau tahu kau (perakam) jenis begini, memang saya dah ambil gambar awal-awal dan viralkan. Memalukan la," tulis penumpang wanita yang dikenali sebagai Anis di laman X. Mengulas mengenai isu kelewatan bas yang dalam perjalanan dari Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, Anis berkata pemandu bas berkenaan juga telah menjelaskan sebab dan alasannya kepada penumpang. Imej tangkap layar permohonan maaf perakam tersebut sebagaimana yang dimuat naik oleh Anis. "Untuk makluman, driver dah inform ye masa pickup tu yang jalan sesak teruk dari Ayer Keroh sampai Larkin. Bas ni bergerak dari TBS-Larkin-TBS, non stop. "Kesian weh dengan hujan lebat lagi. Kami pun memang percaya sebab masa dalam perjalanan ke TBS, memang sesak tak putus-putus dekat seberang jalan. "Video ni tak sampai 30 minit lagi gerak dari Larkin," tulisnya lagi sambil menambah, lelaki berkenaan turut membantu pemandu menukarkan gear kerana mengalami sedikit kesukaran. ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka berdua tak tertekan” - Syarikat bas jawab video tular pemandu bercumbu, tolong tukar gear ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berkali-kali cium akak driver bas sedang memandu, siap tolong tukar gear... Patutlah tiba lewat 3 jam ambil penumpang "Abang tu guide akak tu sebab dia tak familiar dengan jalan JB. Dan gear tu jenis keras. Memang boleh dengar kuat each time diaorang nak tukar gear," jelasnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada wanita berkenaan kerana tampil menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai. Saya dan suami tengok dengan mata sendiri. Jarak kitorang lagi dekat berbanding dengan perempuan kepam menggerutu yang record ni. ANIS SAKSI Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Anis turut memuat naik imej mengandungi permohonan maaf yang dibuat oleh perakam video. Perakam tersebut turut mengakui kesilapannya kerana mengambil video serta menyiarkannya tanpa kebenaran, dan membuat dakwaan melulu tanpa memastikan kesahihannya terlebih dahulu. "Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam posting saya itu tidaklah benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak. Netizen berterima kasih kepada Anis kerana tampil berkongsi kisah sebenar. "Saya mengaku telah melakukan banyak salah faham dan kekeliruan ke atas ramai pihak. "Saya juga ingin memohon maaf kepada pemandu-pemandu bas tersebut. Dan akhir sekali saya juga mohon maaf kepada seluruh keluarga yang terlibat," tulisnya. Difahamkan video asal sudahpun dipadamkan oleh perakam berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube