suria

Pemuda singgah kampung bunian di Taiping, buat ‘tour’ tunjuk makhluk pakai serba putih... Rupanya netizen boleh nampak!

Seorang pemuda berkongsi video sebuah kawasan didakwa menjadi perkampungan bunian di Taiping.

SEORANG individu mendakwa dia mempunyai kebolehan untuk melihat perkara ghaib termasuklah perkampungan bunian yang wujud di sebalik alam manusia biasa.

Menerusi video terbaharu di TikTok, pemuda dikenali sebagai Amy Rockstar itu turut membuat rakaman video di Taiping, Perak, iaitu lokasi yang didakwa menjadi penempatan bunian.

Pada permulaan video, dia menghalakan kameranya ke arah dua batang pokok yang dikatakan menjadi pintu gerbang untuk masuk ke perkampungan berkenaan.

Bunian dikatakan wujud di alam ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. -Gambar hiasan

"Kebetulan aku lalu kat sini, aku rasa macam nak singgah je kat perkampungan bunian ni. Jadi aku masuklah. Ini pintu gerbang, satu pokok sini satu, satu pokok lagi kat situ.

"Dua pokok ini menjadi pintu gerbang untuk perkampungan bunian. Okey kat sini kalau siapa yang mata hijab terbuka boleh nampak bekas macam pasu besar, ada bara yang mengeluarkan asap berbau wangi. Ada dua pasu besar kat pintu gerbang," ujarnya.

Dia kemudiannya terus berlegar-legar di kawasan itu dan menunjukkan beberapa lokasi berdekatan yang dikatakan penuh dengan orang bunian berpakaian serba putih.

Kalau ada kawan-kawan hijab terbuka, cuba pergi check kebolehan dia dapat daripada mana?

AMY ROCKSTAR

"Aku teruskan ya, dekat pokok ini kawasan orang lelaki bunian berpakaian putih, sembang-sembang. Ada tikar duduk ramai-ramai. Ada 20 orang lebih kat sini.

"Ada juga tempat macam gazebo besar, ada lebih kurang 30 orang kat sini. Gazebo besar macam tempat dia belajar, mengaji sini. Daripada baby sampai budak umur 9 hingga 10 tahun.

"Tenaga pengajar wanita bertelekung putih. Corak tu tiada kat dunia manusia, putih bersih," ujarnya menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini buat pengakuan bebas keluar masuk alam bunian, siap ada keluarga angkat! Ustaz pesan hati-hati guna ‘kelebihan’

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dakwa ada deria ke-6 suka kongsi video di TikTok, nampak gerbang ke alam bunian di belakang rumah - “Kalau benda hilang, mereka yang pinjam”

Menurut pemuda itu, dia menghasilkan video tersebut kerana mahu mencari individu lain yang mempunyai kebolehan sama dengannya.

Dalam perkongsian itu, dia turut meminta individu yang mempunyai kebolehan itu untuk berubat kerana berkemungkinan mereka didampingi jin atau saka.

"Sebenarnya banyak kali aku buat video perkampungan bunian, video nampak makhluk lain tu, aku nak mencari seberapa ramai orang yang hijab terbuka. Supaya kalau ada kawan-kawan hijab terbuka, cuba pergi check kebolehan dia dapat daripada mana?

"Setahu aku dan pakar-pakar aku jumpa, biasa manusia kumpulan mata hijab terbuka ni dua sebab je. Pertama memang anugerah beserta ilmu perubatan Islam yang dia perlu berguru, bukan ambil dalam mimpi atau barang-barang.

"Yang kedua sebab yang aku paling risau. Sebab kebanyakan orang yang mata hijab terbuka ni, yang kami jumpa dan kami tahu, dia ada pendamping, saka dan jin. Jadi nak dapat kepastian, kena pergi check di mana-mana pusat rawatan terdekat, minta buang," ujarnya lagi.

Tambah pemuda itu, dia yakin orang bunian di perkampungan itu tahu mengenai niat sebenar kehadirannya yang membuat rakaman video di kawasan mereka.

bunian2

Tangkap layar video yang meraih lebih setengah juta tontonan di TikTok.

"Kita orang Islam tak boleh bergantung pada makhluk selain Allah, jadi syirik. Jadi aku rasa tugas aku ialah menjauhi orang daripada syirik.

"Bunian yang ada kat sini pun dia tahu niat aku ialah itu satu, aku tak ada niat lain. Aku cuma nak mencari manusia hijab terbuka dan semak kebolehan mereka. Untuk menjauhi mereka daripada syirik," kataya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut mendakwa mereka mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib.

"Alhamdulillah. Hamba nampak apa yang tuan hamba nampak.

"Cantik juga kampung mereka. Saya nampak dengan jelas.

"Cantik perkampungan alam bunian ni,besar kampung ya," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain