suria

Peniaga pesan pelanggan ‘jangan nak cashless sangat’, internet bukan OK sentiasa! Tak tawar bayaran cara hutang

Kak Ji minta pelanggan bawa wang tunai meskipun mereka kini bergantung kepada sistem cashless.

KEWUJUDAN teknologi dan perkembangannya pada masa kini banyak membantu memudahkan urusan harian kita semua.

Selain adanya rider yang menghantar makanan sampai ke pintu rumah, pembayaran di premis perniagaan juga semakin mudah dengan sistem tanpa tunai atau cashless.

Namun, seorang peniaga dikenali sebagai Kak Ji meluahkan kekesalan terhadap pelanggan yang bergantung 100 peratus kepada sistem cashless sehingga tidak membawa wang tunai ketika keluar rumah.

Ramadan bazaar story - JV + HAR to visit USJ 4 Ramadan bazar.stalls offering Menu Rahmah (MAC 24 2023) — ART CHEN/The Star

Sistem cashless membolehkan pelanggan berbelanja tanpa membawa wang tunai. -Gambar hiasan

"Kak Ji nak pesan satu perkara je. Yang mana suka gaya cashless ni, sekurang-kurangnya letaklah sedikit wang tunai di dalam beg.

"Janganlah 'lurus' sangat. Sebab line internet kadang-kadang buat hal. Kita dah siap makan, perut dah kenyang, nak bayar cashless, internet buat hal, macam mana?

"Kalau pemilik kedai tu baik, tak apa, bayar lain kali dik. Kalau kita tak kenal kedai dan pemiliknya, dia nak benarkan ke? Last-last kena cuci pinggan," luahnya di TikTok.

Dengan aksi bersahaja membebel dalam dielek Kelantan, Kak Ji turut berpesan kepada netizen supaya membawa sedikit wang bersama mereka meskipun wujud sistem canggih hari ini.

Banyak kali dah jumpa di kedai Kak Ji yang cashless, nak scan, nak transfer tak boleh.

KAK JI

Jelas Kak Ji, bebelannya itu berasas kerana dia sendiri pernah berdepan dengan kejadian tersebut sehingga ada pelanggan yang menanggguhkan bayaran selepas menjamu selera di kedainya gara-gara masalah internet.

"Lain kali bawa sikit wang. Banyak kali dah jumpa di kedai Kak Ji yang cashless, nak scan, nak transfer tak boleh. Awak kena beringat sikit, jangan percaya sangat dengan line internet. Sebab dia ada buat hal.

"Yang mana bayar, bayar je. Tapi ada juga yang gila, konon nak transfer la. Tapi tak bayar sampai ke hari ini. Makan dah kenyang, macam mana?" ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bayar masuk tandas guna kad, QR Pay... pemuda lepak 30 minit sebab nak puaskan hati! Tak sangka Malaysia jadi macam ni

ARTIKEL BERKAITAN: Kafe hanya terima cash, duit tak cukup nak bayar makanan anak... Orang baik muncul ‘on time’ - “Segan, dia cuma bungkus kuih”

Menurut Kak Ji, dia juga penat untuk 'mengejar' pelanggan-pelanggan tersebut yang masih belum melangsaikan hutang di kedainya.

"Penat kita nak kejar, patutnya kedai makan tak ada masalah. Kau datang makan, kau datang bayar. Tapi sekarang ada jenis gila.

"Sepatutnya mudah hidup ni, tapi jadi payah. Sampai sekarang duit aku tak masuk. Aku letih meminta. Aku kenal (pelanggan buat hal). Yang kenal tu jenis bengong.

"Pelanggan yang tak kenal, okay pula kadang-kadang, jarang buat hal. Yang kenal ni gila, letih minta duit aku," luahnya lagi.

Bazaar Ramadan. 31 MARCH 2023 一CHAN TAK KONG/The Star

Masih ada segelintir pelanggan yang selesa membawa wang tunai untuk membuat pembayaran. -Gambar hiasan

Video bebelan Kak Ji meraih hampir 100,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen yang rara-ratanya bersetuju dengan pesanan itu.

"Betul kak. Terpaling cashless. Lepas tu pinjam duit orang dulu untuk bayar.

"Betul kak, makan RM5 pun nak transfer.

"Setuju. Tak semua tempat boleh buat cashless di Kelantan," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain