PASTI kita biasa mendengar ungkapan anak pembawa rezeki. Justeru ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak melakukan perancangan keluarga kerana 'berpegang' kepada ungkapan tersebut. Sebenarnya, ia terpulang kepada pandangan dan penerimaan masing-masing asalkan zuriat yang dianugerahkan itu dijaga dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Namun lain pula kisah yang dikongsikan seorang wanita ini, di mana dia sering dileteri oleh ibu sendiri gara-gara beranak ramai. "Saya ibu empat anak, sekarang hamil yang kelima. Isunya sekarang mak saya selalu bising katanya saya asyik beranak je. Selang dua tahun beranak. "Asal jumpa je, mesti sebut pasal tu sampai saya jadi stres. Dia cakap sudah-sudahlah tu, kerja beranak ja. Kehadiran cahaya mata sememangnya anugerah buat setiap pasangan yang berumah tangga. -Gambar hiasan "Saya jadi tak best pregnant kali ni sebab rasa mak macam tak suka saya. Stres sangat apabila difikirkan," luahnya. Menurut wanita berkenaan, dia mempunyai ijazah sarjana muda namun kini merupakan seorang suri rumah dan melakukan bisnes kecil-kecilan secara dalam talian (online) di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Miskin tapi anak ramai atas alasan ‘rezeki’, akhirnya rayu gift di TikTok! Lelaki ‘basuh’ mak ayah tak fikir amanah Allah ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak mampu, kenapa buat anak baharu?” - Tak perlu rayu derma demi sara ramai zuriat, lebih baik rancang famili "Itu juga salah satu isu sebab mak saya bising. Saya faham dia marah sebab saya tak bekerja macam kawan-kawan saya yang lain walaupun saya ada juga buat bisnes online sambil jaga anak," kongsinya lagi. Tambah wanita berkenaan, ibunya turut mencadangkan supaya dia melakukan perancangan keluarga dengan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL), iaitu salah satu cara mencegah kehamilan melalui pembedahan yang mana ia mengikat saluran peranakan wanita. Semoga tabah... biarkan orang nak kata apa walaupun ibu sendiri. Janji sis yang jaga dan besarkan anak. NETIZEN "Saya dan suami memang tak pernah merancang, sebab suami memang suka anak ramai. Dia pun ada sembilan adik-beradik. "Apa perancang yang okay ye sebab sebelum ni saya pernah makan ubat je lepas bersalin tu selama enam bulan. Lepas tu rancang sendiri je," katanya lagi. Luahan tersebut yang dibuat di grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang perhatian warga maya. Rata-ratanya tampil memberikan pandangan dan cadangan bagi membantu menyelesaikan masalah wanita berkenaan. Kata-kata semangat dan cadangan daripada warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Mungkin mak ayah penat hantar belajar sampai degree, ingatkan boleh membantu mak ayah ringankan beban. Tup tup jadi suri rumah, income tak setimpal lepas tu asyik beranak. "Semoga tabah... biarkan orang nak kata apa walaupun ibu sendiri. Janji sis yang jaga dan besarkan anak. Mungkin ibu risaukan kesihatan sis atau ekonomi keluarga. Cakap elok-elok dengan ibu. "Sis boleh cuba IUCD (Intrauterine Contraceptive Device). IUCD best. Tak ada effect, hormon tak ganggu dan period pun okay," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube