suria

Adik hulur RM50 seminggu, segan dapat abang sangat baik! Dah la bayar gaji, makan minum dan tempat tinggal pun ditanggung

Berkongsi duit untuk keperluan dapur dapat membantu meringankan beban keluarga.

KITA sering membaca atau mendengar luahan tentang adik-beradik yang sanggup putus silaturahim kerana pelbagai isu kekeluargaan.

Malah ada yang tidak pernah bertegur sapa selama berpuluh-puluh tahun disebabkan dendam.

Berbeza pula dengan situasi yang dikongsikan pelayar Facebook, Yayar Awang Noh apabila dia mendedahkan bahawa kehidupan sehariannya telah 'ditanggung' oleh abang kandung.

Perbelanjaan dapur wajar dikongsi sekiranya tinggal bersama keluarga. -Gambar The Star

Perbelanjaan dapur wajar dikongsi sekiranya tinggal bersama keluarga. -Gambar The Star

"Makan, minum, tempat tinggal, semua abang dah tanggung saya," ujarnya.

Menurut lelaki ini, disebabkan telah terbiasa dengan keselesaan, dia akan menghulurkan sedikit wang belanja dapur khususnya pada hari minggu sebagai imbalan.

"Duit ni (RM50) bagi kat abang untuk beli barang masak esok, hari minggu... macam inilah rutin saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangkan kakak, tak peduli kedai motor ‘kejar’ isteri... Wanita ini menyesal jadi penjamin, sengsara dapat ipar liat bayar hutang!

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dah ‘barai’, selepas 20 tahun adik masih diburu bank gara-gara tolong buat loan! Abang culas bayar ansuran hidup senang lenang

"Walaupun abang saya adalah bos saya... untuk hari minggu tetap saya hulurkan duit," katanya lagi.

Baginya, tindakan yang dilakukan itu bukanlah untuk menunjukkan bahawa dirinya baik tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab.

"Bukan nak tunjuk kaya atau baik... tetapi ini lebih kepada tanggungjawab kita duduk bersama dengan adik beradik.

Setuju sangat! Supaya adik-beradik tak rasa tertindas... mesti bertolak ansur.

WARGA MAYA

"Jangan buat macam 'badak kenyang'. Tahu makan dan berendam sahaja," tambahnya.

Berpegang prinsip 'air dicincang tidak akan putus', dia berkata abangnya adalah majikan semasa bekerja.

Namun selepas tamat tempoh tersebut, mereka adalah darah daging dan perlu saling bertanggungjawab antara satu sama lain.

Warga maya memuji tindakannya yang disifatkan bertanggungjawab.

Warga maya memuji tindakannya yang disifatkan bertanggungjawab.

"Bukan tiap minggu pun saya keluarkan bajet, ada masa abang sendiri belanja dan ada kalanya kakak ipar yang belanja.

"Walaupun dengan adik-beradik, nak harmoni kita kena ada tolak ansur. Jadi, hari minggulah saya keluar bajet untuk masak dan makan bersama," katanya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang dibuat dan menganggap dia telah menonjolkan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

"Terbaik. Itulah yang sepatutnya, macam menumpang duduk rumah abang atau kakak... walaupun mereka tidak minta bayaran tapi tolonglah bayarkan utiliti atau duit lauk.

"Nampak macam remeh tapi ini adalah harmoni. Saling menyokong antara satu sama lain.

"RM50 ni apalah sangat kalau nak dibandingkan harga sebuah hubungan adik-beradik.

"Setuju sangat! Supaya adik-beradik tak rasa tertindas... mesti bertolak ansur. Lebih-lebih lagi yang dah bekerja," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain