MAJLIS perkahwinan bukanlah perkara yang boleh diremehkan kerana merupakan hari paling bersejarah buat raja sehari. Disebabkan itu, persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan semua keperluan berada dalam keadaan teratur dan rapi termasuklah cenderahati untuk para tetamu. JIka zaman dahulu bunga telur diberikan kepada tetamu, kini memberikan makanan ringan dan keperluan dapur pula menjadi trend dan semakin menjadi ikutan oleh tuan rumah. Pelbagai perkara perlu dilakukan lebih awal sebelum majlis kahwin. Dalam satu hantaran di media sosial, seorang individu menunjukkan cenderahati makanan segera yang diperoleh semasa menghadiri majlis perkahwinan baru-baru ini. Walaupun buah tangan itu sangat berguna, ia merupakan salah satu produk atau jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel. Malah pada masa ini, gerakan memboikot sedang hangat dilakukan oleh masyarakat Malaysia terhadap makanan segera jenama itu. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan boikot, mi segera di kedai runcit kampung tak laku! Peniaga rayu tolong beli, kalau habis janji tak restock dah ARTIKEL BERKAITAN: Jiran buang produk Israel, sebelum lori sampah angkut lelaki ini kutip dulu! Nak boikot biar berilmu, jangan membazir "Selamat Pengantin baru... hasil dari rumah pengantin, mungkin keluarga (pengantin) telah beli seawal sebelum kejadian (boikot),” ujarnya. Menganggap ia telah dibeli lebih awal dari kempen gerakan boikot, pelayar Facebook dilihat memuji tindakan tuan rumah dan pengantin kerana menampal pelekat yang menjelaskan situasi dialami. “Sekurang-kurangnya ada idea sticker untuk perkara dibeli sebelum (konflik Hamas Israel). Terbaik pengantin... sensitif dengan isu boikot, gigih tampal sticker. InshaAllah, Allah tahu niat awak dan ganti rezeki lebih baik. WARGA MAYA “Bagi yang kisah dan memahami (situasi), akan faham... bagi yang ‘pembaris’, geleng kepala saja,” katanya. Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 1,200 shares di Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya turut beranggapan keluarga pengantin tersebut cakna dengan situasi semasa dan memahami situasi mereka yang telah membeli awal barangan jenama tersebut. Antara komen warga maya. “Kalau dah nikah kahwin ni mesti pihak pengantin beli awal lagi. Macam kita ni bukan berduit, jadi beli sikit-sikit. “Kita boikot jangan beli... kalau dah terbeli habiskan dulu atau sedekah rasanya tiada masalah. “Tak perlu minta maaf, yang boikot-boikot semua pun bukan jenis ada ilmu. Ikut musim macam lima tahun lepas, kalau masa kenduri tu ada yang buka mulut... kau halau mereka balik,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang memuji usaha mereka menampal pelekat pada setiap cenderahati bagi menjelaskan situasi dialami. “Terbaik pengantin... sensitif dengan isu boikot, gigih tampal sticker. InshaAllah, Allah tahu niat awak dan ganti rezeki lebih baik. “Faham... sebab apa, kalau pengantin tak buat memang makcik bawang akan kecoh canang satu keluarga. Tapi bagi mi segera, mahal juga. “Betul dah, takkan nak buang. Tahniah tuan rumah kerana perihatin,” tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube