suria

Bapa ‘tersakiti’ tengok anak manjakan isteri baru bersalin, bimbang bini pijak kepala... Bagi nasihat ‘Czer bukannya sakit’

Wanita yang baru melahirkan bayi memerlukan sokongan dan bantuan daripada pasangannya. -Gambar hiasan

DIKURNIAKAN keluarga mentua yang baik juga merupakan salah satu bentuk rezeki, khususnya buat golongan Hawa.

Beruntungnya mana-mana wanita yang bukan hanya memiliki pasangan yang baik, malah lengkap dengan 'pakej' mentua yang 'sporting' dan memahami.

Namun tidak semuanya bertuah, dan wanita ini merupakan salah seorang daripadanya.

Jika sebelum ini kita biasa mendengar atau membaca luahan golongan wanita mengenai kerenah ibu mentua, namun berbeza pula dengan wanita tersebut yang meluahkan rasa terkilan dengan sikap bapa mentua.

"Bila bapa mentua nampak suami suap isteri makan, isteri tengah dukung anak. Bapa mentua sembang dengan suami waktu saya tak ada di rumah, dia cakap jangan manjakan bini sangat, nanti dia pijak kepala.

stres

Sikap keluarga mentua yang negatif secara tidak langsung mempengaruhi emosi seorang wanita. -Gambar hiasan

"Dan saya ibu yang bersalin caeserean, ada mereka sembang isu melahirkan anak. Bapa mentua cakap alaa operate bukan sakit pun.

"Bermakna dekat sini mungkin dia nak cakap saya mengada," kongsinya membuka cerita.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana suaminya merupakan seorang yang tegas dan bertindak mempertahankan dirinya sebagai isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua asyik sindir, cari salah menantu perempuan... anak lelaki dimanja walau tak tunai tanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ziarah rumah anak cucu, nampak kasut buruk menantu di tepi dinding... Terus ‘update’ di media sosial luah rasa bangga

"Alhamdulillah suami saya tegas dengan dia. (Suami kata) Salah ke saya suap bini sendiri, bukan bini orang lain. Lagi pula dia (isteri) tengah dukung anak, nak makan tak boleh... jadi saya suapkan.

"Dan memang dalam Islam, Nabi ajar macam tu. Terdiam terus bapa mentua.

"Suami cakap dan tegaskan bapa operate perut, dia (isteri) operate belah rahim. Tujuh lapisan dijahit. Dan bapa tu jantan, dia perempuan, tak sama. Dia dengan letih jaga anak, nak dukung anak. Benda nak pulih dalaman tu bertahun.

"Kalau korang, boleh maafkan tak? Dan akan jejak kaki tak ke rumah mentua?" luahnya lagi dalam hantaran yang dikongsikan di grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM).

Dia bukan cari salah. Tapi memang mindset begitu sebab orang dulu-dulu lelaki tak jaga anak.

NETIZEN

Wanita tersebut berkata, dia sedikit terkilan kerana seolah-olah dianggap mengada oleh bapa mentua, malah lelaki tersebut juga suka mencari kesalahan dirinya.

"Untuk pengetahuan semua, dari anak lahir sampai sekarang, saya urus sendiri sebab suami kerja jauh, urusan sakit demam anak, cucuk dan segala benda.

"Dan bagi bapa mentua, dia mungkin anggap tak penat. Biasa. Sebab itu dia nak cari dan cari salah saya.

"Saya perlukan pendapat dan nasihat. Mungkin ada pernah berlaku dalam life ibu-ibu, dan tindakan ibu-ibu macam mana ya?" tanyanya meminta pendapat daripada ahli grup tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya bukan hanya berkongsi pandangan, malah turut menceritakan pengalaman masing-masing.

komen bapak

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan wanita tersebut beruntung kerana mempunyai suami yang tegas serta mempertahankan isterinya.

"Selagi boleh pekakkan telinga, selagi boleh bertahan, selagi mak mentua okay, selagi boleh hipokrit, balik sajalah macam biasa. Fikir tahan je la setakat sehari dua.

"Dia bukan cari salah. Tapi memang mindset begitu sebab orang dulu-dulu lelaki tak jaga anak. Hanya pergi balik kerja. Perempuan buat semua. Bila dia nampak anak dia buat gitu, dia fikir anak dia tunduk dengan isteri.

"Sabar ya sis, asalkan suami kita sebelah dengan kita dah cukup... yang negatif tu pekakkan telinga je.

"Dahsyat pak mentua pun... mujurlah suami sis bagus," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain