suria

Ramai teruja tengok kondo ada lif ‘private’, buka pintu terus masuk rumah... Sesuai untuk antisosial dan introvert, tak perlu jumpa jiran

Lif persendirian di dalam unit kediaman kondominium.

ANTARA cabaran yang perlu dihadapi penduduk kediaman bertingkat adalah kesesakan menaiki lif ketika waktu puncak.

Pastinya menguji kesabaran untuk menunggu lif tiba di aras masing-masing, terutamanya apabila sedang bergegas untuk ke pejabat.

Namun, perkara itu tidak menjadi kerisauan untuk wanita ini kerana dia mempunyai lif persendirian di dalam unit kediaman kondominium miliknya.

Melalui satu video tular di TikTok, wanita tersebut menunjukkan sebuah pintu lif yang terletak berhampiran ruang tamu rumahnya.

Perkongsian itu membuatkan rata-rata warga maya berasa kagum kerana ia kelihatan sangat memudahkan, lebih-lebih lagi apabila selepas seharian kepenatan di luar.

"Ini masuk lif dah boleh terus buka baju dan siap-siap nak lompat atas katil.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tidur di R&R nampak gajah lalu tengah malam! Trip pusing Semenanjung naik motorhome memang luar biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Rider cuak hantar barang di rumah flat, keluar lif terus jumpa ‘alam’ lain! - “Saya ingat dah silap masuk rumah orang”

"Syurganya rasa, terbuka je pintu lif dah terus ada dalam rumah, tak perlu nak berjalan, tak ada terserempak dengan orang dan susah-susah cari kunci nak buka pintu.

"Senang ada lif macam ni, kalau tertinggal barang dekat kereta pun tak rasa berat nak turun ambil," kata sebahagian warga maya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Nur Aini Ninie, 30, berkata unit kondominium tersebut dibeli suaminya pada awal tahun ini dan kemudiannya dijadikan sebagai rumah inap.

Lif private ni bagus untuk mereka yang malas nak bersosial dan introvert, tak perlu berjumpa jiran sebelah.

NUR AINI NINIE

"Unit kondominium saya ni baru dibuka sebagai rumah inap pada awal November. Kondominium ni terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Kondominium ni siap dibina pada tahun 2018. Ia unik sebab ada lif private untuk setiap kediamannya, jumlah aras di sini ada 52 tingkat dan rumah saya terletak di tingkat 42.

"Dekat luar rumah pun ada lif yang macam biasa tu, tapi ia dilabel sebagai lif bomba untuk tujuan kecemasan, jarang penduduk sini guna," kata Aini yang bekerjaya sebagai akauntan di sebuah hotel sekitar ibu kota.

Aini seterusnya menjelaskan cara lif persendirian di kondominiumnya itu berfungsi.

Ruang tamu AirBnB yang diusahakan oleh Aini.

"Setiap pemilik unit akan diberikan satu access card, apabila kad tu disentuh, lif hanya pergi ke rumah masing-masing, tak boleh sewenang-wenangnya masuk ke rumah orang lain.

"Saya juga akan berkongsi lif ni dengan jiran atas dan jiran bawah saya.

"Contohnya rumah saya nombor unit 2, jadi lif akan lalu setiap unit 2 di setiap aras sebelum sampai ke rumah saya.

"Untuk setiap aras, tak silap saya ada 10 unit, jadi maksudnya akan ada 10 lif persendirian di kondominium ni," jelas Aini.

Pemandangan Kuala Lumpur dari bilik tidur.

Tambah Aini lif tersebut sangat sesuai untuk mereka yang segan berjumpa dengan orang ramai.

"Lif private ni bagus untuk mereka yang malas nak bersosial dan introvert, tak perlu berjumpa jiran sebelah dan bersembang.

"Tak perlu share lif dengan ramai orang macam lif biasa tu," ujar Aini.

Aini seterusnya menceritakan serba sedikit tentang rumah inap yang ditawarkannya itu.

Antara kemudahan dan makanan yang disediakan di dalam AirBnB.

"Ia disewakan pada kadar RM150 untuk satu malam, ada kemudahan seperti kolam renang dan taman rekreasi.

"Dalam rumah ni pun saya ada letak makanan di dapur seperti mi segera, tepung, coklat, garam dan sebagainya.

"Saya tambahkan sebagai sedekah," kata Aini menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain