DITEGUR atau dimarahi majikan adalah perkara lumrah bagi setiap pekerja. Sudah pasti setiap teguran yang diberikan bertujuan untuk memperbaiki potensi diri atau demi kebaikan syarikat. Tular satu video di laman X memaparkan seorang majikan wanita memarahi pekerjanya, difahamkan kerana tidak mencapai sasaran jualan yang ditetapkan syarikat. Menerusi video berdurasi 44 saat itu, jelas kedengaran majikan wanita berkenaan mengugut untuk tidak membayar gaji pekerjanya jika gagal mencapai sasaran jualan. "Aku nak bulan ni sales kau mesti 200 botol. Aku tak nak main-main. Kalau tak cukup 200 botol, kau jangan harap dapat gaji bulan ni, faham? "Seronok ke bagi mak bapa makan duit haram? Keluar kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau. Kalau cukup sales, baru ngadap muka aku," demikian kata majikan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kenapa ‘gaji dipotong’ dianggap biadab, gadis terkedu bos jawab ‘esok tak payah datang kerja’... kini cari rezeki jual kek batik! Difahamkan rakaman tersebut dilakukan oleh seorang pekerja lain yang berada dekat dengan bilik majikan wanita berkenaan. Namun tiada sebarang maklumat lanjut dinyatakan bersama-sama dengan perkongsian video itu. Sebahagian daripada komen netizen terhadap video berkenaan. Video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan di laman X oleh akaun @isusemasaviral. Sementara itu di ruangan komen, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian berkenaan, dengan ada di antaranya meluahkan rasa simpati terhadap pekerja tersebut. "Aku pernah ikut member jual macam ni. Punya susahlah nak jual. Setiap hari ada target tapi kalau orang tak nak beli nak buat macam mana? "Ingat semua orang ke boleh buat sale? "Normal kalau bos perempuan. "Aib orang pergi record, lepas tu viral. Kena dekat korang padan muka," demikian antara komen netizen. Namun tidak kurang ada juga yang menganggap 'adegan' tersebut hanya lakonan untuk strategi pemasaran syarikat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube