suria

Kenalan, saudara sering tumpang bermalam di rumah... Anak syak sebenarnya nak menginap hotel free! Kesian ibu dah macam housekeeping

Segelintir individu suka menumpang rumah saudara atau kenalan sewaktu bercuti semata-mata untuk menjimatkan kos. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan 'tetamu pembawa rezeki'.

Malah perbuatan memuliakan serta melayani tetamu merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW.

Namun begitu, tetamu juga perlulah mempunyai adab atau 'common sense' ketika bertandang ke rumah orang sama ada ahli keluarga, saudara mara atau kenalan.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu terpanggil untuk berkongsi pandangannya berkaitan hal ini berdasarkan pengalaman sendiri, agar dapat menjadi teladan kepada orang lain.

Menurut individu berkenaan, dia dan keluarga pernah menetap di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu dan rumahnya selalu menjadi 'sasaran' oleh kenalan keluarganya untuk menumpang ketika bercuti di pulau peranginan itu.

"Boleh kata ada saja kenalan abah atau mama yang datang singgah bercuti di sana, akan stay dekat rumah. Ada yang berbondong-bondong bawak member lain yang kitaorang tak kenal pun, menumpang sama.

TUMPANG 2

Sikap segelintir individu yang suka menumpang rumah orang ketika bercuti secara tidak langsung membebankan tuan rumah. -Gambar hiasan

"Siap ada yang recommend 'hang kalau boleh pi Langkawi, hang contact kawan aku ni. Boleh duduk rumah dia'. Tu dia... Dia dah menumpang free, dia recommend pula kenalan dia yang tak kita tak kenal suruh stay rumah kita. Kau ingat rumah tumpangan tak berbayar?

"Orang dulu-dulu mungkin tak kisah. Tapi tengok mama aku penat nak kemas rumah, nak jamu juadah bagai... Kalah housekeeping.

"Dulu masa kecil tak berapa faham lagi, dah besar ni makin faham. Rasa macam orang ambil kesempatan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu cari rak buku ketika ziarah didakwa tak beradab, sebenarnya ada kisah di sebalik apa yang berlaku – “Jika jumpa saya harap tidak terasa hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Air muka tuan rumah terus berubah, malu tetamu ‘open house’ tegur cat dinding tak cantik... Corak langsir, warna lampu pun dikritik

Tambahnya lagi, tidak salah untuk menumpang sekiranya ada saudara mara atau kenalan terdekat yang ikhlas melayan, namun mereka tidak sewajarnya melupakan adab sebagai tetamu.

"Tapi dah menumpang janganlah pula buat rumah orang macam hotel. Nak keluar jalan-jalan, tunggu orang jamu breakfast la, tunggu orang buatkan air la.

"Tempat tidur pula biar bersepah. Balik tengah malam 2-3 pagi tuan rumah dah tidur nak kena tunggu buka pintu, bangun pagi pukul 11 hingga 12 tengah hari, tuan rumah pun sakit mata tengok rumah berselerak.

"Takda housekeeping atau waiter yang boleh kemas barang-barang korang tu ye," ujarnya.

Setuju sangat-sangat, sebab dah rasa orang buat rumah kita macam hotel, bersepah-sepah dengan toilet dan bilik air pun sampai kotor.

NETIZEN

Dia berpendapat, setiap orang perlu mengubah pemikiran seiring dengan peredaran zaman lebih-lebih lagi ketika ini sudah banyak jenis penginapan dan kemudahan yang boleh ditempah mengikut bajet masing-masing.

"Dah nak penghujung 2023. Ubah-ubah la mindset tu. Tak kira la awak sesiapa pun, kalau nak bercuti pastikan duit simpanan cukup sepenuhnya.

"Sekarang zaman teknologi internet di hujung jari. Nak cari info apa-apa tekan saja phone tu. Semua ada. Hotel, chalet, homestay banyak yang tumbuh sekarang. Dah tak tahu atau tak pasti nak cari mana, barulah tanya orang lain.

"Maaf ya bukan kita tak raikan sunnah Nabi, tak raikan tetamu. Tapi kalau diri kita saja asyik nak terkena dengan jenis macam ni, silakan terus melayan kalau sanggup.

"Saya tak sanggup, nanti tak ikhlas jadi berdosa. Baik saya elak awal-awal," akhirinya.

Posting individu berkenaan meraih sehingga 866 shares di Facebook, malah rata-ratanya turut bersetuju dengan pandangan yang disuarakan.

KOMEN TUMPANG

Pandangan individu berkenaan dipersetujui rata-rata netizen.

"Kalau travel memang tak nak susahkan adik-beradik dan rakan-rakan, kena faham situasi mereka. Lagipun kita nak kena jaga aurat dengan ipar duai. Sebab tu saya selesa check-in hotel.

"Setuju sangat-sangat, sebab dah rasa orang buat rumah kita macam hotel, bersepah-sepah dengan toilet dan bilik air pun sampai kotor... tersumbat barang yang tak sepatutnya.

"Aku paling tak suka duduk rumah orang. Risau menyusahkan tuan rumah dan kami memang takkan roger kawan-kawan dekat tempat kami holiday melainkan hanya jumpa di luar atau singgah sekejap je rumah dia," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain