suria

Suami lebihkan adik, setiap bulan bayar ansuran kereta dan beri duit belanja... Isteri hamil dibiar berhimpit naik LRT pergi kerja

Wanita yang sedang hamil sering kali menghadapi kesulitan setiap kali terpaksa berasak-asak ketika menaiki pengangkutan awam. -Gambar hiasan

SERING KALI kita dipaparkan dengan luahan golongan isteri yang 'makan hati' apabila suami mereka lebih mengutamakan ibu bapa berbanding pasangan sendiri terutama dalam bab kewangan.

Berdepan situasi hampir serupa, seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya didakwa melebihkan adiknya sehingga sanggup memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan.

"Suami belikan adik kereta sejak 2022 iaitu sebelum kahwin dengan aku. Sampai sekarang suami bayarkan kereta adiknya sebab 'fresh graduate', kerja gaji kecil lagi.

"Aku ni pergi kerja atau ke mana-mana naik LRT dan Grab je sebab kereta aku selalu problem... kereta lama.

"Aku rasa tak adillah. Kenapa dia tak berhenti bayar tu atau bagi je dekat aku memandangkan aku ni isteri dia dan perlukan kereta berbanding dia bayarkan kereta untuk adik dia guna," luah wanita berkenaan.

Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu menambah, setiap bulan suaminya akan memperuntukkan RM1,100 untuk adiknya iaitu RM800 untuk bayaran ansuran kereta dan selebihnya adalah wang belanja.

kereta 1

Komunikasi adalah jalan terbaik untuk membincangkan solusi setiap masalah yang timbul. Gambar hiasan The Sta/Azhar Mahfof

"Adik dah kerja kot... kalau study lagi aku fahamlah. Bila aku, nafkah asyik short dengan alasan 'awak kan kerja'.

"Untuk pengetahuan, rumah RM1,800 pun minta aku tolong bayar separuh setiap bulan," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sarat mengandung makan hati, mentua kawal duit suami... Minta beli barang bayi sulung pun kena ‘reject’

Apa yang membuatkan hatinya makin terguris, suaminya seolah-olah tidak risau membiarkan dirinya menaiki pengangkutan awam untuk bekerja biarpun sedang hamil anak sulung.

"Aku rasa dia macam lagi risaukan adik dia daripada bini sendiri. Aku dah la pregnant, nak kena berhimpit-himpit naik LRT.

"Aku ada baca orang tweet 'bini boleh cari lain, adik tu lah satunya'. Memang semua lelaki fikir macam ni ya? Sedih juga aku baca.

"Mungin suami aku pun fikir nak tinggalkan aku dengan anak tak, sebab boleh diganti?" demikian luahnya.

Jangan baik sangat. Kalau husband tak reti nak jaga awak, awak jagalah diri sendiri. Beli kereta baru yang selesa dan mampu monthly.

NETIZEN

Perkongsian kisah wanita tersebut yang disiarkan di akaun @meinmokhtar sehingga kini meraih 425 ulang kicau.

Sementara itu, ruangan komen 'meriah' dengan reaksi warga maya yang rata-ratanya menyebelahi dan bersimpati dengan wanita berkenaan.

KOMEN ADIK

Netizen meluahkan rasa geram dengan sikap suami wanita berkenaan.

"Bila dah kawin, keutamaan kebajikan jatuh pada isteri. Nafkah termasuk juga jaga kebajikan untuk isteri. So untuk si adik, bukan keutamaan dia dah.

"Kalau lelaki cakap siblings lagi penting sebab tak boleh ganti dan isteri boleh diganti, apalah salahnya kalau kita sebagai perempuan pun set juga yang suami pun boleh diganti. Lelaki macam ni elok return je ke family dia, cari lelaki lain.

"Jangan baik sangat. Kalau husband tak reti nak jaga awak, awak jagalah diri sendiri. Beli kereta baru yang selesa dan mampu monthly, tak payah top-up duit rumah dah. Selfish sikit tak pe, asal kebajikan diri terjaga," demikian antara pandangan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain