suria

Dua lelaki bergaduh kerana perempuan, siap ‘block’ nak putus kawan! Demi rindu, bertemu semula lepas 10 tahun

Angah menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya, Ammar, selepas 10 tahun tidak bertemu.

MOMEN dua sahabat lelaki berpelukan di dalam sebuah majlis perkahwinan selepas sedekad 'terpisah', bukan hanya menyentuh hati tetamu malah membuatkan warga maya turut hiba.

Apatah lagi menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok, salah seorang daripadanya mengungkap perkataan maaf kerana mendiamkan diri terlalu lama sehingga membuatkan ikatan persahabatan mereka terputus seketika.

Berkongsi dengan mStar, lelaki yang hanya hanya mahu dikenali sebagai Angah membuka cerita mengenai kisah persahabatannya dengan rakan baik, Ammar yang dilanda ujian kerana sedikit perselisihan faham.

"Sepuluh tahun lalu, kami sama-sama plan, selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nak datang Kuala Lumpur (KL) untuk cari rezeki.

"Kami berdua berasal dari Sungai Petani, Kedah. Saya datang KL dahulu, dia datang sebulan kemudian. Kami berdua duduk menumpang rumah saudara masing-masing.

"Biasalah darah muda... kami berselisih faham sedikit pasal awek. Kemudian saya yang menjauhkan diri, saya tak contact dan block dia disebabkan marah," ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menurut Angah, dia mengakui perasaan marah dan ego dalam dirinya hanya seketika kerana akhirnya menyedari kesilapan yang sudah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini setia jaga sahabat terlantar di wad sehingga akhir hayat, siap tukar lampin... diam-diam ada yang rakam kebaikannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekawan nekad botak kepala, solidariti demi sahabat susah senang... Tak sangka ramai pejuang kanser mengalir air mata

"Hanya mula-mula saja saya marah... namun perasaan itu bertukar menjadi rindu sebab rasa 'hilang' seorang sahabat. Bayangkan 10 tahun tak contact, siapa yang tak rindu.

"Tapi sebab saya yang mulakan dan menjauhkan diri, saya malu nak hadap dia," ujarnya yang bekerja sebagai pengurus acara (event manager).

Bagaimanapun tambah Angah, dia dikejutkan dengan satu mesej (Direct Message) di Facebook daripada seseorang yang tidak dikenali pada November lalu.

PIC 3

Angah mengakui tempoh 10 tahun tidak bertemu dengan Ammar banyak mengajar perkara penting terutamanya nilai persahabatan.

"Rupanya Ammar yang mesej. Dia kata dah lama cari saya. Saya rasa rindu macam terubat. Saya terus minta maaf. Dia langsung tak ambil hati, katanya 'tak ada apa... biasalah masa tu kami muda'.

"Kemudian dia jemput datang kendurinya pada 12 Disember. Suatu masa dulu kami pernah berjanji untuk datang kenduri kahwin masing-masing. Saya beritahu, InsyaAllah akan datang.

"Waktu kenduri tu, dia tak nampak saya. Sebelum berangkat pulang, saya naik ke pelamin untuk jumpa dia. Perasaan waktu tu, memang nervous sampai lutut pun lemah.

"Tapi apabila kami sama-sama bertentang mata, saya rasa tak percaya kawan yang 10 tahun tak jumpa ada depan mata. Saya janji tak nak menangis tapi tetap sebak. Buat pertama kali, saya ucap perkataan maaf. Wife dia pun sebak tengok kami berpelukan," ceritanya lagi.

Sebelum berangkat pulang, saya naik ke pelamin untuk jumpa dia. Perasaan waktu tu, memang nervous sampai lutut pun lemah.

ANGAH

Tambah Angah lagi, meskipun singkat, namun pertemuan tersebut dirasakan sangat bermakna.

"Insya-Allah selepas ini kami plan nak meluangkan masa lepak bersama macam dulu-dulu. Lagipun kami berdua bekerja di Kedah jadi jarak tu bukanlah alasan," katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya tular di TikTok sehingga merih lebih 735,000 jumlah tontonan, Angah berkata dia sekadar memuat naik video berkenaan kerana ia adalah antara momen yang terindah dalam hidupnya.

PIC 2

Angah (kanan) bertugas sebagai seorang pengurus acara.

"Apabila baca komen, ramai yang boleh relate dengan kisah persahabatan masing-masing.

"Dalam friendship, macam mana pun ada gaduh-gaduh. Tapi satu nak pesan, ego tu kena buang. Macam kami, mula berkawan rapat selepas sekelas waktu tingkatan tiga tapi sempat bersahabat empat tahun sebelum gaduh.

"Gaduh pula yang lama sampai 10 tahun sebab ego. Jadi, tak kisah siapa salah, minta maaf je. Turunkan ego. Kalau biar lama-lama, jadi awkward dan malu. Ingatlah nilai persahabatan tu lagi bernilai," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain