suria

Tiba-tiba penampar hinggap ke muka! Pemuda tengah lepak di kafe terkejut diserang wanita, marah tersigung beg

Seorang wanita menampar lelaki sewaktu berjalan masuk ke dalam sebuah kafe.

GARA-GARA menyangka hak privasinya cuba diganggu, seorang wanita bertindak menampar pemuda di sebuah kafe di hadapan orang ramai.

Berdasarkan video yang tular, wanita berkenaan dilihat baharu saja masuk ke kafe berkenaan dan berjalan di belakang pemuda yang sedang duduk berborak bersama rakannya.

Tanpa disangka, siku kanan pemuda tersebut yang sedang dalam posisi sedikit ke belakang terkena pada beg sandang wanita itu.

Kejadian sewaktu wanita ini menampar individu tersebut.

Hal itu menyebabkan wanita berkenaan berang lalu segera menampar muka pemuda berkenaan.

Susulan itu wanita yang dikenali sebagai Almirah teruk dikecam netizen kerana bertindak melulu.

Enggan terus membiarkan warga maya terus mengecamnya, wanita tampil menjelaskan tentang insiden tersebut.

Menurut Almirah, apa yang berlaku adalah tindak balas spontan dan tidak disengajakan apabila siku pemuda itu tersentuh beg galasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berkali-kali lempang muka kawan di sekolah, pelaku jumpa pula dengan penjaga mangsa cerita sebab

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar!

Namun tegas Almirah pemuda berkenaan tidak sepatutnya meletakkan tangan di posisi seperti itu kerana menghalang laluan orang.

"Dekat sini juga sama-sama salah. Abang tu salah, saya pun sama.

"Tapi kenapa mesti tangannya ke belakang sangat? Tempat macam tu kan ramai orang," katanya menerusi satu video berasingan di akaun TikTok miliknya.

Pasti keadaannya berbeza jika lelaki itu kacak.

ALMIRAH

Walau bagaimanapun Almirah tetap mengakui silapnya yang agak pantas tanpa usul periksa mengangkat tangan melempang lelaki tersebut.

Malah Almirah memberitahu dia juga sudah memohon maaf kepada pemuda berkenaan atas perbuatannya itu.

"Banyak juga yang cari saya dan cakap macam ni dan macam tu.

"Lagipun saya sudah minta maaf dekat abang tu," katanya berikutan kejadian.

Komen netizen pada video.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen tetap mempertikaikan permohonan maaf Almirah terutamanya apabila dia tetap meletakkan sebahagian daripada kesalahan itu kepada pemuda yang ditamparnya.

"Dekat mana salah abang tu? Kenapa tetap salahkan dia?

"Pasti keadaannya berbeza jika lelaki itu kacak.

"Tapi kalau saya yang jadi abang itu sudah pasti ceritanya juga lebih berbeza," demikian kata netizen.

Hingga kini video insiden yang berlaku di Indonesia itu meraih hampir lima juta tontonan hingga tular dan mendapat perhatian pengguna TikTok di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain