suria

Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung

Individu yang mempunyai isu kesihatan mental patut mendapat sokongan keluarga. -Gambar hiasan

SERING kali kita dipaparkan dengan luahan wanita yang sengsara gara-gara sikap ibu mentua yang toksik.

Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Tidak mendedahkan identiti, wanita tersebut berkata dia bersyukur dikurniakan ibu mentua yang terlalu baik dan menyayanginya seperi anak sendiri, jauh berbeza dengan layanan yang diterima daripada ibu bapa kandung yang toksik.

"Saya bekerja dengan mak dan bapa mentua saya, hanya promote barang yang mereka jual je. Dapatlah saya komisen, even tak ada orang beli pun tetap mereka bagi saya komisen sebabnya nak tolong anak menantu.

"Mereka sayangkan sangat anak-anak saya. Komisen pula boleh cecah RM1,200 hingg RM1,500 sebulan.

MENTUA 2

Dikurniakan mentua yang baik merupakan salah satu perkara yang diimpikan setiap wanita. -Gambar hiasan

"Dan tiap kali pertengahan bulan, emak saya selalu tanya dah gaji ke? Lambat sikit beli barang dapur, ada saja mak saya cari masalah dengan saya, guna mesin basuh salah, guna dapur salah, mandi salah makan salah semua salah.

"Bila saya hulur duit katanya dia tak nak pun duit saya. Dia cuma nak saya ni tak biadab. Tapi apa salah saya ya?" katanya sambil menambah, dia menetap sebumbung bersama ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu tak pandai siang ikan, ibu mentua ini berbeza pandangan... Adil dan ‘open minded’

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua bisik senyap-senyap, tegur potong sayur tebal sangat - “Kalau mama setengah sikit, senang makan”

Menurut wanita itu lagi, dia turut bergelut dengan penyakit Major Depresive Disorder (MDD) dan kedua-dua orang tuanya langsung tidak pernah menunjukkan sokongan moral.

Kalau menyeksa diri awak, baik awak berpisah je dengan suami tu.

NETIZEN

"Mak saya selalu kata, ini semua salah suami saya jadi macam ni. Saya hidup dalam kalangan toksik. Mak ayah toksik dan suami pun tersangat toksik.

"Sebelum ada yang bertanya kenapa tak duduk sendiri, suami saya seorang panas baran dan kaki pukul, dan juga ambil barang terlarang.

"Kenapa tak duduk dengan mentua kalau mereka baik? Adik-beradik suami semuanya lelaki, dan tiada bilik privacy untuk saya dan keluarga kecil saya.

"Yang selalu bagi kata-kata semangat nak tahu siapa? Ibu mentua. Dia yang selalu bawa saya pergi klinik. Yang susah payah ibu mentua," luahnya lagi.

Sekadar meluahkan rasa yang terbuku di hati, wanita tersebut berkata dia memilih untuk berkongsi kisahnya kerana terlalu buntu dan mengharapkan kata-kata nasihat daripada warga maya.

KOMEN MENTUA

Luahan wanita tersebut mengundang simpati warga maya.

"Better awak bawa diri. Cari kebahagiaan sendiri bersama anak-anak. Cuba minta bantuan di JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sementara awak nak stabil.

"Kalau menyeksa diri awak, baik awak berpisah je dengan suami tu. Cari rumah sewa yang murah-murah. Dengan nafkah yang bapa mentua awak bagi tu, rasanya mampu dah sewa rumah kecil atau bilik.

"Awak boleh ke balai buat report kena abuse. Kalau ada lebam, boleh ke hospital untuk sahkan. Dan hospital boleh link kan terus awak ke bawah jagaan JKM," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain