PERKHIDMATAN menyewakan diri sendiri sebagai teman mungkin agak janggal dan kedengaran pelik, namun tanpa diduga ada permintaan sebegitu dalam kalangan masyarakat moden hari ini. Seperti yang dilakukan Muhd Sufi Shafai, 34, dia menawarkan perkhidmatan menemani sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau had umur untuk melakukan apa jua aktiviti bersama-sama. "Saya sediakan servis untuk teman orang dengan kadar caj RM23 hingga RM25 setiap jam. Bagi mereka yang tak ada kawan tu, boleh la menyewa saya dengan cara dan tujuan yang baik. "Minggu lalu ada seorang wanita minta saya jadi driver. Temankan dia untuk shopping baju, makan dan berjalan di mall (pusat beli-belah). Saya pun setuju kerana fikirkan sambil saya bekerja saya boleh berjalan. Sufi juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar warga emas ke pusat kesihatan. "Saya pun temankan dia selama tiga jam. Caj bermula sejurus tiba di IOI Putrajaya. Sejak saya buka servis tu, sudah ada lebih tiga orang bertanya untuk buat tempahan," katanya ketika dihubungi mStar. Tambah Sufi yang sudah berumah tangga, isterinya tiada halangan untuk dia melakukan tugas sebagai peneman sesiapa sahaja termasuk wanita kerana yakin suaminya tahu menjaga batas dan bersikap profesional. Terdahulu perkhidmatan Sufi mendapat perhatian ramai selepas dia membuat hantaran di Facebook bagi berkongsi rutin pekerjaannya itu. Menurut Sufi, khidmat menyewakan diri sebagai teman merupakan tambahan kepada servis yang disediakan sebelum ini iaitu menjadi pemandu peribadi ke destinasi pilihan menggunakan kereta Proton Saga Iswara miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Kerja senang, ‘gaji’ tinggi! Pelajar raih 50K, hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF online’ - “Di kolej saya ramai peminat” ARTIKEL BERKAITAN: Buat aksi pelik, jilat aiskrim ketika live... TikToker tiru trend NPC didakwa raih hingga RM10,000 - “Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah” Ia bermuka dengan menerima tempahan untuk menghantar orang tua ke pusat kesihatan atas tujuan mengambil ubat-ubatan, menerima rawatan (dialisis) dan pemeriksaan kesihatan. "Seperti yang saya kongsikan di Facebook, saya terima pelanggan bernama Pak Ali. Dia cakap nak gunakan servis saya untuk hantarkan dia ke pejabat pos untuk renew lesen, bank dan buat medical check up. "Tapi saya tak tetapkan harga pun untuk semua servis saya sediakan. Saya beritahu siap-siap semua pelanggan dengan satu akad. "Saya jelaskan yang mereka boleh buat bayaran seikhlas hati kepada saya setelah menerima perkhidmatan," katanya lagi. Servis penghantaran barang juga disediakan Sufi. Jelas Sufi lagi, ketika berkhidmat untuk Pak Ali, dia bukan sahaja bertindak sebagai pemandu sebaliknya turut berperanan sebagai peneman waktu makan warga emas itu. "Servis ni tak tertaluk kepada temujanji kesihatan sahaja. Sesiapa yang perlu personal driver, teman shopping, teman nak pergi lepak makan atau tengok wayang pun boleh... actually list ni panjang lagi. "Apa yang terlintas kat fikiran anda tolong kemukakan... benda boleh discuss," katanya. Menceritakan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakannya itu, Sufi berkata pekerjaan itu sebenarnya dilakukan bersama isterinya Mastura, 31, sejak enam bulan lalu. "Selepas saya dan isteri berhenti kerja, kami sangat memerlukan sumber pendapatan. Saya tunggu panggilan kerja baharu yang dipohon, tapi semuanya memakan masa lama. Mereka boleh buat bayaran seikhlas hati kepada saya setelah menerima perkhidmatan. MUHD SUFI SHAFAI "Simpanan kami berdua pun makin berkurangan sedangkan banyak komitmen perlu dibayar setiap bulan. Jadi saya pun cari idea untuk jenis pekerjaan berkaitan perkhidmatan boleh untungkan kedua-dua belah pihak. "Saya iklankan dekat grup sekitar Nilai, Kajang dan Bangi yang perlukan servis untuk cuci kereta, mengecat, kemas rumah, potong rumput atau apa kerja sekali pun asalkan dapat upah," ujarnya. Tidak sampai beberapa jam diiklankan, Sufi tidak menyangka dia mula menerima mesej daripada seorang wanita yang bertanya mengenai servis ditawarkan. Ujarnya yang merupakan anak jati Bangi, Selangor, pekerjaan tersebut semakin mendapat sambutan terutama sekali dalam kalangan warga emas di sekitar Lembah Klang. "Saya bersyukur apabila banyak job yang masuk. Saya dah tak perlu iklankan sangat di Facebook. Pelanggan yang pernah upah saya sebelum ini yang bercakap-cakap (sebarkan) pada orang lain. Bertukang dan mengemas kawasan rumah merupakan antara servis disediakan. "Saya memang handal buat semua kerja berkaitan kemahiran tangan sejak sebelum kahwin lagi. Kerja paling saya handal dan suka lakukan adalah potong rumput," jelasnya. Sebagaimana dikatakan Sufi, dia dan pasangannya meletakkan had untuk menerima lima jenis perkhidmatan sahaja setiap hari dan bercuti pada hari Jumaat. Katanya yang sudah berumah tangga lebih dua tahun, pengurusan dari segi jadual dan masa tersebut ditetapkan dan disusun atur oleh isterinya. Berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 setiap bulan, dia dan isteri berharap semoga perkhidmatan yang diusahakan ini boleh berkembang lebih maju dan menjadi satu pekerjaan lebih baik pada masa akan datang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube