SETIAP insan mempunyai aktiviti yang diminati untuk mengisi masa lapang. Baru-baru ini di laman X, tular mengenai hobi yang membuatkan ramai terpesona kerana keunikannya serta jarang dilihat. Malah, wujud komuniti penggiat hobi berkenaan di platform Facebook yang dikenali sebagai 'Pemburu 0 kilometer (km) dan 0 batu Malaysia'. Individu yang menjadi tumpuan kerana hobinya yang janggal. Komuniti ini menjejaki batu penanda di bahu jalan dengan angka kilometer sifar (KM0)yang menandakan titik permulaan kepada suatu lebuh raya atau jalan raya. Tertarik dengan hobi itu, mStar menghubungi salah seorang ahli komuniti terbabit yang sudah aktif mencari batu penanda kilometer sifar sejak tahun 2001. Menurut Muhammad Naqiuddin Boey Abdullah, 57, sehingga ke hari ini dia sudah menakluk lebih daripada 100 batu penanda kilometer sifar di keseluruhan Semenanjung Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi ARTIKEL BERKAITAN: “Balik nanti beli cengkerik” - Bertahun-tahun bapa hantar ‘skrip’ sama di WhatsApp, ramai pelik kegunaan serangga di rumah "Saya mula terjebak dengan hobi ni pada bulan Disember tahun 2001, waktu tu saya dengan kawan-kawan konvoi ride motosikal ke Baling, Kedah melalui Lebuhraya Timur Barat. "Ketika kami berhenti sarapan, tiba-tiba ada ustaz ni datang borak dengan kami. Dia cakap dekat depan kedai yang kami singgah tu ada batu penanda kilometer sifar. "Masa tu saya macam tak kisah sangat dan tumpang je bergambar dekat batu penanda tu, tak lama kemudian, baru kawan saya beritahu yang kilometer sifar ni ada peminat atau following dia sendiri. Batu penanda boleh terselit dekat celah kawasan perumahan orang, saya kena betul gali dan siasat. MUHAMMAD NAQIUDDIN BOEY ABDULLAH "Bermula daripada situ, selepas saya tengok gambar orang lain dengan batu penanda kilometer sifar, saya jadi bersemangat nak pergi mencari di lokasi-lokasi lain," kata Boey yang menetap di Jerantut, Pahang. Menurut Boey lagi, kebiasaannya dia akan bergerak secara solo atau berpasangan dengan isterinya menggunakan skuter jenis Yamaha XMax 250 bagi mencari batu penanda kilometer sifar. "Saya ada ajak member konvoi join hobi ni, tapi mereka tak mahu, mereka kata ini kerja 'gila'. Jadi saya teruskan bersendirian atau kadang tu isteri ikut sekali. Boey bersama batu penanda kilometer sifar yang pertamanya pada tahun 2001. "Zaman sekarang dah moden, nak cari batu penanda kilometer sifar ni mudah je, boleh guna Waze, koordinat pun ada orang share dalam grup Facebook untuk kita rujuk. "Tapi saya lebih suka cara old school, setiap kali nak keluar mencari, saya akan print peta daripada Google Maps dan teroka sendiri di jalanan, lebih mencabar dan akan terasa lebih puas apabila jumpa tu. "Apabila dah jumpa, saya akan bergambar satu kali sambil letakkan ibu jari dekat batu penanda tu untuk tinggalkan thumbprint, menandakan yang saya dah sampai," kata Boey yang merupakan guru sekolah menengah di Jengka, Pahang. Menjadi kewajipan untuk Boey meinggalkan cap jari pada setiap batu penanda kilometer sifar yang dilawatinya. Namun, Boey mengakui pengembaraan untuk mencari batu penanda kilometer sifar bukannya mudah dan disulami pelbagai cabaran. "Antara cabaran utama adalah apabila diri ini dikecewakan. Kadang tu kita dah ride jauh, tapi bila sampai, tengok-tengok batu penanda tu patah, rosak, kena conteng sebab vandalisme dan ada tu yang terus hilang. "Pernah sekali tu dekat Genting Highlands, tengok peta sepatutnya dah sampai, tapi tak nampak pula batu penanda tu. Apabila saya cari-cari rupanya ada dekat dalam semak, entah macam mana boleh tercampak ke dalam tu. Antara batu penanda kilometer sifar yang rosak. "Lagi satu, lokasi batu penanda kilometer sifar ni terpencil, sebab permulaan jalan. Kalau ride motor kena sentiasa perhati indikasi minyak, buat planning. "Lepas tu, cuaca pun ekstrem, kalau hujan, hujan lebat betul. Kalau panas, memang panas betul. Ada sekali tu saya pergi mencari di Behrang, Perak, kena hadap suhu 42 darjah Celcius," kata Boey. Selain itu, antara halangan lain ketika mencari batu penanda kilometer sifar adalah lokasinya yang sangat rawak dan rambang. Proses rujukan peta untuk Boey mencari batu penanda kilometer sifar. "Batu penanda tu boleh terselit dekat celah kawasan perumahan orang, saya kena betul-betul cari dan siasat. Waktu ni pentingnya kemahiran sosial, ringankan mulut bertanya kepada orang kampung. "Orang tempatan lebih mengetahui, sentiasa buat baik kepada mereka dan jaga adab. Ingat, jangan bawa motosikal laju sangat dalam kawasan kampung dan jangan sesekali 'rem' motosikal. "Enjoy perjalanan, suka tengok kedamaian kawasan desa dan pemandangan di tempat orang, " ujar Boey. Tambah Boey, perkara yang mengapi-apikan semangatnya untuk terus mencari batu penanda kilometer sifar adalah persaingan sihat sesama ahli komuniti mereka. Boey dan isterinya bersama mencari batu penanda kilometer sifar. "Apabila nampak orang share gambar kata dah sampai ke batu penanda di lokasi tertentu, akan terdetik dalam hati, aku pun kena pergi cepat ni. "Jadi gian, obses, ketagih dan tak senang duduk apabila tengok orang lain dah pergi. Pernah sekali tu saya baru balik dari Perlis, lepas tu nampak dalam grup ada batu penanda kilometer sifar dekat sana, saya sanggup patah balik. "Sasaran saya selepas ni nak pergi memburu batu penanda kilometer sifar di Sarawak pula dekat Telok Melano. Mungkin kena sewa motosikal atau kereta di sana. "Saya juga akan ajak kawan dari Semenanjung teman, kalau tak ada, mungkin kena cari kawan orang Sarawak tunjuk jalan," kata Boey menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube