MEMPUNYAI jiran tetangga yang saling memahami dan mampu bertolak ansur merupakan satu rahmat. Namun kerap kali kita dengar rungutan tentang tingkah laku jiran yang pendek akal hingga boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Begitulah kisahnya melalui satu hantaran tular di laman X, apabila seorang lelaki nyaris hilang sabar dengan sikap endah tak endah jirannya yang merupakan perokok tegar. Asap rokok boleh membawa bahaya. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, dia menetap di rumah pangsapuri dan jiran berhampirannya sentiasa melepaskan asap rokok yang mengganggu ketenteramannya. Menerusi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, lelaki itu dilihat cuba menegur secara berlembut tetapi hanya menerima jawapan balas yang sambil lewa. "Salam, kepada jiran di unit ###, tolonglah kalau boleh jangan merokok dekat balkoni lagi. Saya ada sidai baju bayi dan selalu terkena asap rokok," tegur lelaki itu dalam grup WhatsApp secara terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan aku lari sebab kau” - Rumah jadi parking lot sebab jiran jual burger, dah tegur tapi kena ‘sound’ pula "Waalaikumsalam, kami faham kesulitan tuan tapi kami rasa sangat leceh sekiranya dikehendaki turun ke aras bawah (basement) semata-mata untuk hisap rokok. "Sebelum ni ada juga pemilik unit ### yang minta kami rokok ke kanan sedikit, kami segera turutkan. Tapi untuk pergi merokok di aras bawah, kami rasa agak berat untuk kami persetujui. "Tapi kami ambil maklum tentang aduan yang dikemukakan, sebagai solusi untuk semua, kami tidak akan lagi merokok di balkoni selepas waktu tengah malam," kata jiran terbabit. Tolong faham, bagi sesetengah orang bau asap rokok memang boleh spoil mood. WARGA MAYA Seterusnya, jiran tersebut dilihat cuba menoktahkan perbincangan dengan kata akhiran yang baik. "Semoga dipermudahkan segala urusan," tulisnya sambil disertakan emoji berdoa. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan jiran itu yang tidak bertimbang rasa. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Hidup masing-masing dah cukup membebankan, janganlah lagi mahu jadi bebanan kepada orang sekeliling. "Dia kena sedar yang dia tu hidup berjiran, jangan menyusahkan orang, memang menguji kesabaran betul kalau ada orang macam ni, semoga segala urusan dia tidak dipermudahkan. "Tolong faham, bagi sesetengah orang, bau asap rokok ni memang boleh terus spoil mood. Dah la boleh bagi penyakit juga, kotor pula tu. "Kepada pengadu, mungkin boleh cuba sidai baju bayi dalam rumah, tapi basuh guna sabun indoor laundry, kalau tak nanti baju bau kepam," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube