SEWAKTU mengerjakan ibadah umrah, para jemaah pastinya tidak melepaskan peluang untuk menziarahi lokasi-lokasi menarik dan bersejarah di sekitar Tanah Suci Makkah dan Madinah. Selain mengenali tempat dan budaya orang, para jemaah juga akan menggunakan masa terluang untuk membeli cenderamata bagi dibawa pulang ke negara masing-masing. Terbaharu, sebuah syarikat travel berkongsi rakaman video menunjukkan beberapa lelaki yang berlegar-legar di kawasan tarikan jemaah di tanah suci sambil membawa serban berwarna merah. Tangkap layar video yang tular di TikTok. Kelihatan seperti tiada apa-apa, namun kumpulan lelaki itu didakwa menggunakan taktik licik ketika merakam foto jemaah sebelum memaksa mereka untuk menyerahkan sejumlah wang. Pengendali laman TikTok Safar Buddies Travel HQ yang berkongsi video itu turut memberi nasihat kepada jemaah agar berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kumpulan berkenaan. "Hati-hati jemaah. Mereka banyak ambil kesempatan, terutama kepada warga emas. Mereka datang terus letak serban atas kepala, lepas tu tangkap gambar kita. Lepas ni minta tolong mutawif tangkapkan gambar... hati-hati ya dengan geng-geng ni. SAFAR BUDDIES TRAVEL HQ "Kita pun terpinga-pinga. Habis tu dia minta kita duit. Lepas ni minta tolong mutawif tangkapkan gambar. Hati-hati ya dengan geng-geng ni semua. "Peringatan supaya jemaah lain tak terkena. Banyak yang mereka ambil kesempatan di sini. Jadi nanti nak ambil gambar, minta tolong mutawif je, InsyaAllah," ujar individu yang membuat rakaman video itu. Sehingga kini, video yang dikongsi menerusi laman TikTok pada Rabu meraih lebih setengah juta tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Terpisah 15 tahun, tanpa diduga 2 sahabat berjumpa depan Kaabah... namun diuji terlebih dahulu sebelum pertemuan ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah wanita bikin kecoh di Makkah, ‘content’ joget ganggu laluan orang ramai Malah, beberapa individu yang pernah menjadi mangsa turut berkongsi pengalaman mereka menerusi ruangan komen. "Dah kena hari tu. Daripada 50 Riyal dia minta, akhirnya 10 Riyal. Kita tak mahu, dia tiba-tiba letak serban atas kepala suami. Tengah berjalan tu, tiba-tiba datang letak. Pandai berniaga. "Ayah saya kena kat sana, sampai tarik beg buka beg ayah, ambil duit ayah lagi. Nasib saya ada berdekatan. Tak sangka Tanah Haram pun ada scammer. "Suami kena hari tu. Suami dah tolak tapi orang tu paksa. Akhirnya kena bayar juga. Kumpulan yang menjalankan taktik licik itu dikesan berada di kawasan tarikan ramai. "Saya selalu kena, mereka nak letak kain tu atas kepala. Kita cakap no no no," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, ada individu turut memberi idea supaya jemaah memakai serban masing-masing bagi mengelakkan daripada menjadi sasaran geng berkenaan. "Kalau tak nak diganggu, kalau nak pergi sana kena siap-siap pakai serban style Arab. "Lebih baik tinggalkan hal selfie dan handphone kerana kita datang sana untuk beribadah kepada Allah," pesan netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube