KEGIATAN 'ulat parkir' terutamanya di ibu kota semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan. 'Ulat parkir' merujuk kepada mereka yang mengawal dan mengatur kenderaan di kawasan tertentu di samping mengenakan caj tidak masuk akal. Lebih merisaukan apabila dikatakan sindiket 'ulat parkir' berkenaan boleh bertindak agresif sekiranya permintaan mereka itu tidak dipenuhi. Lot parkir yang terhad di pusat bandar membuka peluang untuk sindiket beroperasi. -Gambar hiasan Begitulah kisah hitam yang dikongsikan seorang wanita ketika memarkir kenderaannya di sebuah lot parkir berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bercerita lanjut di platform TikTok, individu itu berkata dia terkejut apabila melihat terdapat kesan calar pada badan keretanya yang didakwa sebagai perbuatan khianat. Tambah individu tersebut, dia mengesyaki pelaku vandalisme itu adalah ahli sindiket 'ulat parkir' terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Park’ lama di 2 petak pam minyak, pemandu bas tetap enggan beri laluan kepada ambulans bawa pesakit uzur - “Tu masalah kau, bukan masalah aku” ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga bolot ruang parkir, paling seronok ‘lambak’ depan rumah orang! Depan pagar sendiri biar lapang "Ada orang ni ugut minta aku bayar RM15 untuk parking. Aku tak nak bayar sebab fikir sesuka hati dia je nak claim itu tempat letak kereta dia. "Lepas tu tengok apa jadi dekat kereta aku," kata individu tersebut sambil menunjukkan beberapa kesan calar pada keretanya dipercayai kesan torehan objek tajam. Menurut wanita itu dia sudah membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan salinan laporan itu, wanita berkenaan mendakwa dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki rakyat Bangladesh memungut duit parking tanpa lesen daripada DBKL. "Jika enggan bayar, wanita yang bernama ‘kak Ara’ ugut untuk melakukan sesuatu kepada kereta kami," tulisnya dalam aduan berkenaan. Geram dengan 'ulat parkir' ni, minta duit macam tanah tu hak milik mereka. WARGA MAYA Perkongsian wanita berkenaan turut tular di beberapa platform media sosial lain termasuk laman X. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berasa gerun melihat ada pihak yang sanggup bertindak sedemikian rupa hanya kerana mahu memeras ugut caj parkir. "Aku pun tak setuju nak bayar dekat 'ulat parkir', tapi mengenangkan kereta boleh kena calar, aku rasa kita dah tak ada pilihan. Harap pihak berkuasa cepat bertindak. "Kawasan Bukit Bintang memang penuh 'ulat parkir', kalau nak elak, park jauh sikit dekat Sungai Weng, cuma berjalan jauh juga la, penat menapak. "Kalau aku datang Bukit Bintang bawa kereta lama yang dah buruk, aku hadap je 'ulat parkir' ni, tak kisah la kereta kena calar pun. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Tapi kalau bawa kereta baru beli, mungkin fikir dua tiga kali juga. Bayar 'ulat parkir' RM15, kalau kena calar mahu beribu kos nak cat balik," kata warga maya. Tidak kurang juga warga maya yang berkongsikan tip untuk mengelakkan diri daripada perlu membayar 'ular parkir'. "Kalau mereka datang minta duit, berlakon je cakap yang kau ni anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mesti mereka terus takut. "Cakap je kau dah bayar dekat orang lain, mereka bukan ada sistem lengkap pun nak pantau kita dah bayar ke belum. Tak pun cakap je kau tak ada cash (wang tunai), pandai-pandai menipu. "Geram dengan 'ulat parkir' ni, minta duit laju betul, macam la tanah tu hak milik mereka," ujar warga maya berkongsi buah fikiran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube