SETIAP peniaga pasti mempunyai strategi yang tersendiri untuk melariskan jualan. Ada yang menumpukan kepada keistimewaan produk dan tidak kurang juga penggunaan gimik sebagai daya penarik pelanggan. Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di laman Facebook, apabila seorang lelaki mengakui berasa musykil dengan sebuah restoran Cina di hadapan rumahnya. Perniagaan kedai makan menjanjikan pulangan yang lumayan jika betul caranya. -Gambar hiasan Menurutnya, gerai itu kelihatan suam-suam kuku pada luarannya tetapi sering untung 'durian runtuh' saban tahun. "Depan rumah aku ni ada uncle jual nasi ekonomi. Aku rasa pelik sikit sebab aku tengok uncle ni boleh tukar kereta baharu setiap tahun. Siap angkat Tesla lagi tahun ni. "Aku macam ralat, daripada mana datang duit dia yang banyak tu, tak akan daripada jual nasi ekonomi je? Jadi sekarang ni aku duduk perhati je gerai dia demi mencari jawapan. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Rusia ajak pakcik peniaga air mata kucing buat ‘content’, sempat selit nasihat... Pesan utamakan didikan agama untuk anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Teruja tengok Toyota Alphard jadi teksi di Jepun, lelaki ini seru orang perasan kaya di Malaysia buka mata "Aku tengok pelanggan yang datang makan kedai dia semua biasa-biasa je orangnya," kata lelaki tersebut memulakan siasatan. Berdasarkan pemerhatiannya yang berterusan itu, lelaki tersebut akhirnya berjaya merungkai penjelasan yang dicari-cari. "Aku perasan ada banyak motosikal datang hantar bekas mangkuk bertingkat ke kedai uncle tu. Mereka akan tunggu sekejap sementara uncle tu isikan makanan, apabila dah siap, mereka terus berlalu pergi. Banyak ujian dan kepayahan yang peniaga kena tempuh nak sampai ke tahap uncle ni. WARGA MAYA "Rupanya dia hantar makanan ke kilang-kilang pekerja asing, mungkin dah ada kontrak bulanan kot. Bayangkan ya, mungkin satu set makanan tu dibayar harga RM5. "Lepas tu dihantar ke 300 pekerja, maksudnya ada 300 set. Maka sehari uncle tu boleh dapat RM1,500. "Dan katakan pula sebulan ada 26 hari bekerja untuk pekerja kilang tu, maksudnya dalam sebulan uncle tu boleh dapat RM39,000. Sekarang baru aku faham," kata lelaki itu membuat congakan. Malah lelaki tersebut turut mengagumi formula yang diketengahkan peniaga berkenaan kerana ia jelas berhasil. Warga maya bertukar pandangan. "Aku nak terus perhati lagi kedai uncle ni, ada banyak benda yang aku boleh belajar," kata lelaki berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata ia menunjukkan betapa pentingnya untuk memiliki rangkaian hubungan yang luas dalam dunia perniagaan. "Uncle berniaga macam tu baru betul, pentingnya ada connection, boleh terus dapat 'lubang' nak bekalkan makanan ke kilang-kilang. "Tapi kita ingat senang begitu je uncle ni jadi kaya, tapi sebenarnya tidak. Saya pun berniaga, banyak ujian dan kepayahan yang peniaga kena tempuh nak sampai ke tahap uncle ni. "Jangan pandang rendah uncle yang jenis ahli perniagaan ni, penampilan mereka mungkin nampak biasa. Tapi pasal kereta mereka akan berhabis-habisan, duit dalam bank pun berkepuk-kepuk," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube