MALANG tidak berbau. Seorang rider penghantar makanan cedera selepas motosikal ditunggangnya terbabas ketika dia dalam perjalanan ke Kepong, Selangor, baru-baru ini. Reda dengan apa yang berlaku, Vinoth Krishnan, berkongsi pengalamannya itu menerusi Facebook supaya kesilapan yang dilakukan sewaktu terbabit dalam insiden itu dapat menjadi pengajaran buat rider lain. Jalan raya lengang ketika kemalangan itu berlaku. "Pengajaran untuk saya dan rakan rider sekalian. Tolong pakai kasut waktu kerja dan jangan letak telefon kat raga. Pengalaman pahit ini berlaku pada 15 Disember. "Saya dari Tropicana Garden nak ke Kepong untuk delivery. Lalu Damansara dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH). Sambil jalan kita tengok map. Maka terjadilah kemalangan. "Saya cuba menolak diri dan motor daripada divider menggunakan kaki kiri. Akibat hilang kawalan, kaki saya terseret dengan divider dan lutut juga terseret," ujarnya. Datang seorang rider yang hatinya mulia, dia siap nak tolong hantarkan barang secara percuma. VINOTH KRISHNAN Menerusi perkongsian di group Facebook GrabFood Rider Malaysia, Vinoth turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan darahnya membasahi jalan raya. Bercerita lanjut, Vinoth berkata dia terus menghubungi pelanggan untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut. Ketika sedang menunggu bantuan, seorang rider berhenti dan menawarkan diri untuk menghantar pesanan pelanggan bagi pihaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tunggu pesanan sampai, pelanggan suruh rider makan - “Saya terpaksa keluar, halal bagi abang” ARTIKEL BERKAITAN: Rider tiba lewat sikit sebab hujan, pelanggan tak nak dengar alasan... Tetap batal pesanan - “Anggap bukan rezeki awak” "Nasib jalan lengang waktu itu. Saya pun mesej customer, beritahu saya tak boleh hantar order, perlu arrange rider lain. Dengan kaki berlumuran darah saya hubungi customer service dan ceritakan apa yang berlaku. "Sambil tunggu pick up rider baharu dan ahli keluarga untuk ambil saya, datang seorang rider Grab yang hatinya mulia. Dia berhenti tanya. Paling terharu dia nak tolong hantarkan barang secara percuma. "Padahal dia dalam perjalanan ke Puncak Alam. Punyalah besar hati rider tu. Saya kata kat dia tak mengapa, ada rider tengah dalam perjalanan nak pick up barang saya," ceritanya lagi. Di ruangan komen, beberapa individu turut mendoakan kesembuhan pemuda itu dan berharap kisahnya dapat menjadi peringatan kepada rider yang lain supaya lebih berhati-hati. Darah rider itu mengalir di atas jalan raya. "Banyak kali orang lain dah pesan, pakai kasut untuk tujuan keselamatan dan jangan bawa motor sambil pegang phone. Beli phone holder. Moga diberi kesembuhan dan ambil pengajaran. "Buat pengalaman. Sebab tu saya buat Grab pakai seluar jeans, stokin dan kasut. Safety first. "Kalau naik motor memang kena pakai kasut. Tak kisahlah rider atau orang awam. Masa ambil lesen cikgu dah pesan. "Allahu. Semoga cepat sembuh bang. Betul, kepada rider semua. Kalau nak 'cedok' tu wajib berkasut," tulis beberapa rider lain. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube