SETIAP kali tibanya bulan Disember, masyarakat di negeri-negeri Pantai Timur pastinya akan bersiap sedia untuk menghadapi bencana banjir. Bagai dijangka, bencana yang dianggap seperti acara wajib tahunan itu sekali lagi melanda pada Selasa, mengakibatkan ribuan penduduk di Pahang, Kelantan dan Terengganu terjejas. Menjengah ke media sosial, mangsa banjir di negeri terlibat turut berkongsi pelbagai video yang memaparkan paras air serta kerosakan yang berlaku di kawasan mereka. Keadaan di dalam rumah wanita berkenaan. Namun, sebuah video melibatkan seorang wanita yang sedang mengharungi air banjir di Kelantan paling mencuri tumpuan sehingga menjadi topik perbualan netizen di laman TikTok. Meskipun dilanda musibah, wanita yang sudah berusia itu dilihat tenang mengharungi air pada paras dada di kawasan kampungnya, malah dia juga kedengaran sedang ketawa ketika dirakam. "Tarikh 26.12.2023. Akhirnya kena juga... dia (banjir) datang dengan tak sedar. Tapi Alhamdulillah la, setakat ini pun dah tak apa. Inilah orang ada iman... bukan (asyik) salahkan kerajaan. NETIZEN "Nak buat macam mana? Mari, mari... mari nak berenang ni," ujar wanita itu riang sambil berjalan mengharungi air di kawasan rumahnya. Video yang dikongsi Ida Kamaruzaman itu hingga kini meraih lebih 117,000 tontonan di aplikasi TikTok. Di ruangan komen, ramai netizen memuji wanita itu yang masih tenang dan sabar meskipun kawasan kampungnya ditenggelami banjir. ARTIKEL BERKAITAN: Anak cemas terperangkap banjir di tempat kerja, bapa janji cari jalan datang jemput! Misi berjaya walau diuji kereta tersangkut di longkang ARTIKEL BERKAITAN: Kedai viral banjir mengejut, pelanggan dari jauh pakat lari tak jadi makan! Orang tempatan relaks macam tiada apa berlaku "Kita dengar daripada mulut dia tenang je. Tapi kita tak tahu apa perasaan dia apabila tengok rumah tenggelam air. Hebat makcik ni tabah, berkata-kata dengan gelak ketawa. "MasyaAllah, saya kagum dengan orang Kelantan. Reda dengan ujian Allah. Ujian demi ujian tetap senyum. "Walaupun dalam keadaan sedih tapi masih bersyukur makcik ni. Semoga dipermudahkan," tulis beberapa netizen di ruangan komen. Banjir hujung tahun di Pantai Timur merupakan satu perkara biasa bagi masyarakat di sana. -Gambar hiasan Dalam pada itu, netizen di TikTok turut membuat perbandingan antara sikap wanita itu dengan sebilangan individu yang menyalahkan kerajaan negeri Kelantan atas bencana yang menimpa. "Reda sebab memang rutin hujung tahun. Siapa perintah kerajaan mana pun memang tak boleh lawan takdir Allah. Sabar semua warga Pantai Timur. "Inilah orang ada iman. Bukan (asyik) salahkan kerajaan. Tukar kerajaan pun banjir juga sebab setiap hujung tahun akan hujan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube