suria

Takut terlepas momen sunset, lelaki segera hulur bantuan... Dari jauh nampak suami isteri dengan bayi susah bergambar

Kejadian di pantai yang membuatkan ramai berbunga-bunga hati melihatnya.

TIDAK rugi seseorang itu berbuat kebaikan kepada orang di sekeliling.

Walaupun dengan kebaikan sekecil-kecil zarah, seseorang itu boleh dilipatgandakan rezeki dan keberkatan dalam hidupnya.

Melalui satu perkongsian tular di laman TikTok, seorang pemuda berkata dalam rencah kehidupan yang pelbagai ragam ini, pilihlah untuk menjadi manusia yang baik terbentang luas di depan mata.

Tindakan pemuda yang meraih pujian ramai.

Menerusi kisah yang diceritakan, pemuda itu dan rakannya dikatakan sedang bersantai di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah apabila perhatian mereka tertumpu kepada sepasang suami isteri dan bayinya.

Menurutnya, keluarga kecil itu dilihat mengalami kesukaran untuk mengambil gambar bertiga dan hanya mampu berswafoto, menyebabkan hasil foto yang ditangkap kurang memuaskan.

"Ada satu petang ni, aku pergi lepak layan pemandangan matahari terbenam, tiba-tiba dari jauh aku perasan pasangan suami isteri ini bergelut nak ambil gambar dengan background panorama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tersentuh tengok senyuman lelaki ini, gembira dapat makan aiskrim mahal... Rezeki dapat jumpa orang baik

ARTIKEL BERKAITAN: Tersepak bekas duit peminta sedekah, toleh belakang ramai pandang serong... Pemuda tak tolong kutip, terus pergi isi perut

"Rasa sayang sangat kalau mereka tak dapat ambil gambar yang cantik dengan bayi. Jadi aku dekati mereka dan offer nak ambilkan gambar. Nasib baik abang tu setuju," ujar pemuda tersebut.

Pemuda itu kemudiannya dilihat menjadi jurufoto bidan terjun kepada keluarga berkenaan.

"Happy betul tengok mereka dah dapat ambil gambar, sekecil-kecil perbuatan kita pada orang, kita tak akan tahu betapa besar maknanya kepada orang lain.

Aku suka offer ambilkan gambar orang, rasa puas apabila buat orang happy.

WARGA MAYA

"Dalam dunia yang kita boleh pilih untuk jadi apa sahaja, pilihlah untuk jadi orang baik," kata pemuda itu menutup bicara.

Pemuda berkenaan turut sempat berborak ringkas bersama pasangan suami isteri itu dan dilihat bertukar senyuman.

"Masih ada kemanusiaan dalam manusiawi," tulis pemuda itu di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum dengan tindakan murni pemuda tersebut dan mengajak orang ramai untuk mencontohinya.

Sebahagian komen warga maya.

"Teringat pula waktu hari konvokesyen, ada lelaki ni tawarkan bantuan nak ambil gambar saya dengan keluarga, saya sangat menghargainya dan sampai ke hari ni saya ingat.

"Aku suka offer ambilkan gambar orang, kadang tu gambar berdua, berlima dan bertujuh pun ada. Rasa puas apabila buat orang happy.

"Suka apabila tengok gambar yang kita ambil tu boleh mengukir senyuman di wajah orang, benda kecil yang kita buat tu besar sebenarnya impaknya," kata sebahagaian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain