AKTIVITI lepak di kedai makan pada waktu malam sehingga ke awal pagi bukanlah satu benda yang pelik di negara ini. Malah, aktiviti yang popular dalam kalangan kaum Adam ini pastinya akan lebih meriah sekiranya ada perlawanan bola sepak atau ketika musim Piala Dunia Fifa. Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita yang mengutarakan isu itu, apatah lagi sekiranya ia dilakukan oleh lelaki yang bergelar suami. Bukan sahaja lelaki, malah segelintir kaum Hawa juga gemar melepak di kedai makan sehingga ke lewat malam. -Gambar hiasan Dengan penuh bersemangat, wanita yang bertutur dalam dielek utara itu menyelar sikap lelaki yang sanggup keluar lewat malam sehingga mengabaikan isteri di rumah. "Aku ni kadang-kadang mati akal, jadi bodoh juga, tak tahu nak cerita macam mana. Anda tahu tak di rumah ni, kita boleh bancuh air (minuman). Boleh masak nasi, semua boleh. "Tapi yang aku pelik, nak pergi juga di kedai. Aku tak tahu di kedai tu ada apa? Boleh keluar pergi kedai pukul dari pukul 10 malam sampai 3 pagi, duduk lepak, minum air secawan. Nganga tengok cawan. Perempuan utara memang suka membebel macam ni, trademark yang mereka banggakan. NETIZEN "Kau tengok aku, aku tengok kau. Bini nak ikut tak nak bawa. Tak bagi. Aku pun tak tahu, mati akal tak boleh fikir," ujar wanita itu dalam nada geram. Dalam video sama, dia berkata hidangan yang dijual di kedai boleh disediakan oleh isteri, namun ramai lelaki tetap memilih untuk keluar melepak bersama rakan-rakan. "Di rumah, setakat nak minum air kopi aku boleh bancuh. Setakat nak nasi sambal sardin, aku boleh masak. Masalahnya bukan pergi makan sambil sardin. Teh o ais segelas, lepas tu nganga. ARTIKEL BERKAITAN: Apa rahsianya, hanya seminit guru lancar cakap pelbagai loghat... paling sempoi tak ada skrip, semua spontan ARTIKEL BERKAITAN: Loghat utara ‘buh’ buat ramai ‘melekat’ dengan video-video masakan lelaki ini, sanggup tengok hingga saat terakhir... apa yang menarik sangat? "Duduk di rumah sembang dengan bini lagi bagus. Tak berleter geram, berleter kata berleter. Modal bawa balik burger sebiji nak pujuk, ingat kita lapar burger dia tu?" ujarnya lagi. Video wanita itu yang tersebar meluas di media sosial bagaimanapun turut menerima kecaman segelintir netizen yang kurang senang dengan gaya penyampaiannya. Malah, beberapa individu turut berpendapat cara wanita itu bertutur merupakan satu kelaziman biasa dalam kalangan mereka yang menetap di negeri utara. "Dah kalau bini pun bersembang macam kat dalam stadium, padahal depan muka je, memang la laki kau pergi healing kat mamak. "Kenapa kebanyakan wanita utara yang famous bingit selalu. Tak boleh cakap macam biasa ke? Dengan hanya memesan minuman, golongan lelaki boleh berborak dengan kawan-kawan sehingga ke lewat malam. -Gambar hiasan "Aku benci jerit-jerit bingit macam ni, tambah-tambah loghat ni, aku nak cilikan mulut dia. "Tak tipu tapi perempuan utara memang suka membebel macam ni, trademark yang mereka banggakan," tulis netizen. Malah, beberapa individu dari negeri utara turut meluahkan rasa kurang senang dengan gaya percakapan wanita itu. "Aku orang Kedah pun tak sanggup tengok video ni sampai habis "Aku yang orang utara pun sakit kepala dengar dia cakap. Kita sembang tak bising macam ni," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube