suria

Wanita tagih ‘sentuhan’ suami kecewa jumpa tuala penuh air mani - “Aku tak suka dia buat sendiri!”

Setiap pasangan berkahwin pastinya akan diuji dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

KESIHATAN merupakan tunjang utama dalam kehidupan.

Apabila terkena penyakit, seseorang itu pasti berdepan banyak halangan dalam meneruskan kehidupan harian dengan normal.

Begitulah nasib yang menimpa seorang wanita apabila dia gagal memberi layanan batin kepada suaminya kerana dilanda masalah istihadah berpanjangan.

WhatsApp Image 2023-12-28 at 8.42.43 PM

Setiap wanita pastinya mendambakan layanan baik daripada suami. -Gambar hiasan

Darah istihadah merupakan pendarahan rahim abnormal seperti pendarahan faraj di luar waktu kitaran haid yang normal, pendarahan yang berpanjangan atau terlalu berat.

Menerusi luahan di laman X, wanita itu berkata dia kecewa selepas mengetahui suaminya melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri.

"Aku stres sangat. Aku diuji masalah istihadah yang berpanjangan. Sedang dalam rawatan dan tak pernah putus asa.

Dia pun tak sentuh, aku tak tahulah mungkin dia geli atau tiada nafsu kepada aku.

PENGADU

"Lepas tu, suatu hari aku jumpa baju bawah katil, laki (suami) aku buat lap air mani yang dia onani.

"Sejak kebelakangan ini, aku jumpa tuala dalam laundry tepi tandas penuh dengan kesan air mani juga," ujar pengadu pada Khamis.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia mengakui sudah lama tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘jual’ isteri di media sosial, tawar khidmat seks ketika hamil! Ada yang berminat, tapi nak tunggu perut besar sikit

Dia juga menggunakan platform X untuk bertanya kepada netizen sekiranya normal bagi seseorang suami untuk melakukan perbuatan onani.

"Kami dah lama tak melakukan hubungan seks. Dia pun tak sentuh aku. Aku tak tahulah mungkin dia geli atau tiada nafsu kepada aku. Darah aku bukan selalu keluar.

"Soalan aku, normal ke lelaki dah kahwin suka onani? Aku buntu sangat. Stres dan kecewa. Hancur hati aku sebagai isteri. Aku pernah je confront dia dan siap pesan kalau nak (asmara) beritahu.

"Aku tak suka dia buat sendiri. Aku kecewa. Suami-suami tolong jangan onani. Aku ni dah la isteri yang nafsunya agak kuat," ujarnya lagi.

xo

Kegagalan memberi nafkah batin boleh menjadi punca keruntuhan rumah tangga. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa netizen turut memberi cadangan kepada wanita berkenaan agar mendapatkan bantuan pengamal perubatan tradisional kerana masalah istihadahnya yang terlalu lama.

"Rumah tangga kawan saya banyak yang ada masalah begini. Kalau saya, cerai saja. Buang masa. Sudah cakap tapi tiada perubahan. Cerai.

"Kepada anon. Pergi buat rawatan Islam. Sebaiknya untuk hubungan suami isteri, kena check juga tu.

"Aku rasa baik anon pergi ruqyah. Sebab aku istihadah pun hampir dua minggu lebih, pergi ruqyah elok berhenti," saran beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain