suria

Teman wanita lupa diri, adik-adik perempuan tak kenang budi... Lelaki reda hidup tak pernah disayangi

Lelaki juga tidak terlepas daripada merasai peritnya patah hati. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA orang lelaki sering diharapkan untuk menjadi cekal walau apa pun rintangan yang mendatangi hidupnya.

Namun, seperti juga kaum Hawa, lelaki turut mempunyai perasaan dan hati.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki berkongsi tentang liku-liku kehidupan yang dirasakan berat sebelah terhadap dirinya.

Hubungan percintaan mempunyai pelbagai cabaran. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia pernah mempunyai seorang kekasih hati sejak di bangku persekolahan, namun pengakhirannya adalah tidak seperti yang diharapkan.

"Aku dengan teman wanita aku datang daripada keluarga susah. Tapi kami boleh dikatakan pandai di sekolah, selalu berlumba keputusan siapa lebih cemerlang dalam peperiksaan.

"Waktu tu semuanya nampak bahagia, sehinggalah dua hari sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu bapa aku dan juga ayah kepada teman wanita aku meninggal dunia dalam satu kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘tersakiti’ pergi majlis kahwin ex, mahu sahkan diri tak bermimpi! Mata tak berkelip tengok pelamin, telinga berdengung

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jual barang hantaran gara-gara tak jadi kahwin dah jumpa pengganti... Jodoh hadir lepas balik umrah

"Manakala mak teman wanita aku pula lumpuh. Berat ujian yang menimpa, tapi kami tabahkan diri dan berjaya juga habiskan SPM.

"Alhamdulillah, keputusan SPM kami cemerlang, dapat straight A," katanya bersyukur.

Walaupun begitu, kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila mengenangkan dia kini merupakan seorang anak yatim piatu.

Aku cuma perhatikan daripada kejauhan kehidupan bahagia empat orang perempuan yang aku paling sayang.

PENGADU

"Aku terpaksa lupakan impian nak sambung belajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebab aku ada tiga adik-beradik perempuan nak kena tanggung.

"Aku suruh teman wanita aku teruskan kejar cita-cita dia, aku biayai sepenuhnya kos untuk dia belajar di IPT.

"Tinggi harapan aku supaya dia boleh berjaya dalam pelajaran dan bantu ubah taraf hidup kami apabila berkahwin nanti.

Tiada apa yang benar pasti di dunia ini. -Gambar hiasan

"Tapi itu semua seindah yang dirancang, ternyata lepas dia dah graduate, dia kahwin dengan lelaki lain yang jauh lebih kaya daripada aku," kata lelaki itu hancur hatinya.

Sudah pastinya pahit untuk menerima hakikat, lelaki itu cuba menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.

"Aku reda, aku terus juga usaha untuk besarkan adik-beradik aku. Alhamduillah, ketiga-tiga adik perempuan aku semua berjaya malah dah pun berkahwin.

"Cuma selepas adik-beradik aku selamat mendirikan rumah tangga, mereka langsung tak hubungi aku semula tanya khabar, aku dilupakan begitu sahaja.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Sampai ke hari ni, aku cuma perhatikan daripada kejauhan, kehidupan bahagia empat orang perempuan yang aku paling sayang dalam hidup ni.

"Sedangkan aku, masih sama seperti dulu," kata lelaki itu merasakan gelap kehidupan di hadapannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa simpati dengan nasib lelaki itu.

"Sebak baca ayat yang terakhir tu, sabar ya bang walaupun kita tak kenal antara satu sama lain.

"Macam itulah stigma untuk lelaki, kita sahaja yang diharapkan untuk kuat, semoga Allah berikan ketabahan kepada si pengadu serta dibalas semula kebaikannya di masa akan datang," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain