SEORANG pelanggan meluahkan rasa kesal berhubung insiden berlaku ke atas dirinya ketika berkunjung ke sebuah restoran di Sungai Petani, Kedah. Menurut wanita itu, cermin kereta jenis Volvo yang diparkir itu dipecahkan oleh individu tidak dikenali sewaktu mereka sedang makan. Lebih malang lagi apabila mereka mendapati dua batang joran dan dua mesin memancing hilang ketika kereta itu diceroboh pencuri. Keadaan kereta setelah dipecahkan cermin. "Beringat pada yang nak pergi makan di kedai berdekatan bendang jual steamboat. Kami sudah terkena. "Pengawal keselamatan minta kami parkir dekat depan kedai bahagian tepi jalan. Konon-konon dia jaga. "Akhirnya 'balasan' kepada kami, cermin dipecahkan dan habis barang dalam kereta," tulisnya mengimbas kembali apa berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan beri reviu buruk... Admin restoran dilihat cepat koyak, sama naik lawan kutuk - “Tak beradab, haram datang kedai kami” ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan sedap, order macam-macam lepas tu report kedai mahal! Pelanggan tak pandai kira bajet kena ‘sound’ Tambah wanita itu, terdapat kereta milik pelanggan lain turut menjadi 'mangsa' rompakan pada malam tersebut. Katanya, pihak pengurus premis makanan itu melihat segala kerosakan berlaku dan mahu mengambil tanggungjawab untuk menanggung segala ganti rugi. Namun, wanita ini kecewa apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan selepas kejadian. Puak-puak ni sembang awal saja best sebab tak nak kami bising. MANGSA ROMPAKAN "Mereka kena ganti rugi sebab kejadian di tempat mereka dan sekuriti minta parkir di situ. Alasan (ganti rugi) masa tu sebab sekuriti sembang dengan kawan dan terlupa. "Beringatlah kejadian ni terjadi dekat kami sekali dua buah kereta kena. Rancak rasa guard sembang dengan member dia. Manager dan pihak kedai makan memang lepas tangan. "Puak-puak ni sembang awal saja best sebab tak nak kami bising. Kami pun tak bising fasal benda dah jadi," jelasnya. Kawasan parkir di mana keretanya diletakkan. Bagaimanapun, tegasnya, tujuan hantaran ini dibuat adalah sebagai peringatan untuk warga sekitar Sungai Petani supaya lebih berhati-hati. Menerusi ruangan komen pada hantaran di Facebook, dia menunjukkan satu laporan polis dibuat di Balai Tikam Batu, Kuala Muda, Kedah pada hari yang sama. Sebagaimana dinyatakan dalam laporan, wanita itu berharap polis mengambil tindakan susulan terhadap apa yang berlaku. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube