BANYAK insiden atau kemalangan mengakibatkan kehilangan nyawa pada 2023 yang meninggalkan sejarah pahit untuk negara kita, termasuklah kisah empat beranak yang dilanggar sebuah trak pikap 4x4. Biarpun sudah lebih dua minggu berlalu, namun peristiwa itu masih lagi segar dalam ingatan wanita ini yang menjadi mangsa kemalangan bersama suami dan dua anak kecilnya. Menganggap apa yang berlaku sebagai hikmah berharga untuk keluarganya, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Shiera berkata, dia mahu membuka tirai 2024 dengan lembaran baharu. Rakaman dari dashcam pengguna jalan raya ketika empat beranak berkenaan dirempuah sebuah pikap. “Kalau boleh, tak mahu dah kenang apa yang berlaku pada 2023. Bila teringat, memang jadi trauma. “Anak-anak saya tak boleh tengok kembali video tu. Mereka memang masih ada trauma sehingga kini. “Sampai sekarang pun mereka memang tak berani naik motor,” kata wanita berusia 31 tahun ini. Dalam kejadian yang berlaku pada 12 Disember lalu itu, empat beranak berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Cheras selepas menikmati makanan tengah hari. ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak trauma lepas dilanggar trak pikap, tulang pipi dan hidung patah... Ibu minta orang ramai henti kecam pemandu ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu pikap seret 4 beranak naik motor gara-gara melulu tukar laluan... Kasihan 2 anak sekolah tadika luka di muka Ketika melalui susur keluar (Exit 904), di Lebuhraya Sungai Besi, sebuah trak pikap yang mengubah haluan secara tiba-tiba merempuh motosikal yang ditunggangi mereka. Akibat insiden itu, suami Shiera, Muhammad Amali mengalami patah dua jari kaki sebelah kanan, manakala anak kedua iaitu Nurul Hana Sumayyah Muhammad Amali, 6, patah tulang pipi dan hidung. Sementara itu anak bongsu pasangan berkenaan, Nurul Naura Nuha Muhammad Amali, 5, luka di muka dan menerima dua jahitan di dahi. Shiera pula hanya mengalami luka-luka kecil. Apa yang berlaku pada kami, sama-sama kita ambil iktibar, terutamanya lebih berjaga-jaga soal keselamatan di jalan raya,” akhirinya. SHIERA “Alhamdulillah suami dan anak-anak beransur pulih. Luka pada wajah Nuha dan Hana pun dah kering. “Suami saya baru jalani rawatan susulan. Kakinya masih sakit serta sukar berjalan... terpaksa gunakan tongkat. “Doktor beri dia cuti sakit sampai akhir bulan Januari. Sepanjang cuti sakit, gajinya tak berjalan kerana masih dalam kontrak di tempat kerja baharu. “Saya tak boleh fokus untuk meniaga online buat masa ini kerana perlu fokus kepada suami dan anak-anak. “Syukur, sumbangan daripada pihak yang prihatin digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anak-anak nak mula sekolah,” ujarnya lagi. Keadaan suami dan anak-anak Shiera yang cedera akibat kemalangan. Shiera dalam pada itu sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negara ini yang sentiasa mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga. “Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tak putus-putus panjatkan doa serta bermurah hati hulur bantuan untuk kami. “Apa yang berlaku pada kami, sama-sama kita ambil iktibar, terutamanya lebih berjaga-jaga soal keselamatan di jalan raya,” akhirinya. Untuk rekod, pada 13 Disember lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan pemandu bernama Mohammad Harith Ismail, 22, membayar denda RM6,000 kerana melanggar motosikal ditunggangi empat beranak berkenaan. Majistret Fatin Dayana Jalil memutuskan hukuman berkenaan terhadap Mohammad Harith yang merupakan pereka grafik selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube