suria

“Dah plan cantik, tiba-tiba cacat” - Suami isteri malu zuriat pertama autisme, meratap fikir apa salah dan dosa

Bapa yang baik tidak akan menyisihkan anak yang cacat. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka.

Malah, besar harapan ibu bapa untuk melihat bayi mereka membesar sebagai anak yang sihat dan menjadi insan berguna pada masa depan.

Terbaharu, seorang lelaki tular di laman X apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas anaknya disahkan menghidap autisme.

Kanak-kanak autism juga boleh berjaya jika diberi pendidikan yang bagus serta mendapat sokongan keluarga. -Gambar hiasan

Kanak-kanak autisme juga boleh berjaya jika diberi pendidikan yang bagus serta mendapat sokongan keluarga. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia dan isterinya malu mengenangkan hal tersebut, apatah lagi ia melibatkan cahaya mata pertama mereka.

"Apa salah aku? Anak aku didiagnos sebagai autisme. Apa dosa aku dengan bini aku? Kenapa dapat anak cacat macam ni?

"Isteri aku dari tadi menangis. Berat sangat ujian. Malu la aku, anak pertama pula tu. Kami dah plan cantik dah, cuma nak anak seorang.

Apa salah aku? Anak aku didiagnos sebagai autisme. Apa dosa aku dengan bini aku?

SUAMI

"Tiba-tiba anak cacat, benci la," ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu menerusi luahan pada Jumaat.

Perkongsian itu menerima lebih 2,700 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan pengadu.

"Bukan anak yang cacat, tapi kau yang cacat. Kau tak bersyukur dapat anak yang boleh tarik kau masuk syurga terus.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tenang galas tanggungjawab besarkan 4 anak autisme, seorang sakit jantung berlubang... ilmu Sains anak lelaki sulung memang power!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak syak langsung” - Ibu anggap anak normal, sebenarnya ada autisme... hanya sedar bila kakak cakap sesuatu!

"Dia anak syurga. Terima dan jaga dia seadanya. InsyaAllah dia yang akan tarik kita masuk syurga.

"Mohon lebihkan membaca ya bro. Ajak bini kau pun sama membaca sama pasal autisme," tulis netizen.

Tambah netizen lagi, anak-anak austime juga boleh berjaya seperti insan biasa sekiranya mereka menerima pendidikan serta sokongan sewajarnya.

"Autisme is a spectrum. So dia sangat wide. Kalau mild or mid tu, InsyaAllah boleh hidup normal je bang. Bersyukurlah dapat detect awal, jadi banyak benda you guys boleh lakukan untuk buatkan dia better.

Kehadiran anak menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan

Kehadiran anak menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan

"Kepada anon. Autisme bukan cacat. Malah austisme ni dia ada something yang orang biasa tak ada. Bila dia buat something tu sangat detail mengalahkan orang biasa. Dia ada masa depan boleh hidup normal, kita as family kena support," ujar netizen lagi.

Menurut MyHealth, austisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi.

Sebab-sebab autisme tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca daripada faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak.

Terencat akal boleh berlaku dalam 75 peratus kanak-kanak autisme.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain