suria

Nak buat baik pun tak boleh! Vendor ‘dessert’ dihalang bagi teh ais percuma, kecewa niat murni dipandang serong

Peniaga perlu bersabar dalam menghadapi pelbagai ujian. -Gambar hiasan (kanan)

PENYATUAN antara komuniti penjaja terutama yang mengusahakan perniagaan secara berkelompok di tapak perniagaan khas sememangnya dituntut.

Namun dalam keghairahan peniaga untuk mengaut keuntungan, ia juga boleh menjadi persaingan yang tidak sihat.

Melalui satu luahan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi rasa kurang senang apabila dia dihalang pihak pengurusan daripada menyediakan air percuma kepada pengunjung gerainya.

Penjualan kek dan biskut popular di kalangan peniaga. -Gambar hiasan

Menurut wanita yang menjual juadah manisan (dessert) itu, dia bersama rakan peniaga yang lain mencari rezeki di sebuah venue perniagaan yang diselia oleh pihak pengurusan.

"Minta maaf semua, selepas ni kami dah tak boleh bagi air. Kejadian hari ni, kami dah siap bancuh teh ais untuk diberikan secara percuma kepada tetamu, kemudiannya diminta agar dihentikan oleh pihak pengurusan.

"Katanya kerana takut mengganggu kedai menjual air dekat depan yang merupakan sebahagian daripada bisnes pihak pengurusan. Sungguh mereka begitu tergugat dengan sedikit sedekah kecil kami.

ARTIKEL BERKAITAN: Telur rebus nasi lemak ‘auto’ hilang kalau order telur mata! Pelanggan bijak kongsi cara halang peniaga mengelat

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nasi bajet RM3.50 kena marah gara-gara jual murah, dituduh tutup rezeki orang - “Awak kena naikkan harga!”

"Kami di bawah satu bumbung, bersusah senang bersama buat sekian lamanya, sekarang apa yang dilihat adalah keuntungan semata-mata," ujarnya terkilan.

Tambah wanita itu lagi, dia mengakui dalam terma dan syarat menyewa tapak perniagaan di situ, ada disebut tentang larangan menjual minuman tetapi tidak menyangka ia seketat itu tanpa sebarang ruang untuk bertolak ansur.

"Memang betul peniaga diharamkan menjual air di sini, hanya pihak pengurusan je yang boleh jual. Kami terima dengan hati terbuka kerana kami memang tak menjual air, hanya desserts.

Kalau kita dah guna tempat orang untuk menjual, maka ikut sahaja apa yang orang tu minta.

WARGA MAYA

"Teh ais yang kami sediakan tu adalah untuk pengunjung basahkan tekak ketika menjamah hidangan manisan kami. Boleh tengok sendiri, teh ais yang dibancuh tu sikit je dan hanya diberikan one-time kepada setiap pelanggan.

"Rata-rata pelanggan yang berhenti di gerai kami akan tetap membeli minuman daripada gerai air di depan kerana sudah tentunya tidak cukup secawan kecil teh ais yang diberikan secara percuma.

"Oleh itu, kami tak rasa apa yang kami buat ni sebagai menutup 'periuk nasi' sesiapa," kata wanita itu.

Walaupun menerima nasib sedemikian, wanita itu akhirnya akur dan akan meneruskan perniagaan dalam batas yang ditetapkan.

Sebahagian komen warga maya.

"Kami faham dan akan ikut apa yang diminta. Selepas ni kami akan bekerja dengan lebih keras. Semoga rezeki kami dimurahkan dan perniagaan kami dapat terbang tinggi," kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan pandangan masin-masing dalam hal itu.

"Faham dengan kemurahan hati akak dalam berniaga, tapi kalau kita dah guna tempat orang untuk menjual, maka ikut sahaja apa yang orang tu minta.

"Tabahkan diri akak, teruskan kumpul duit dan buka restoran sendiri nanti, lebih senang untuk uruskan. Menumpang berniaga dekat tempat orang ni memang banyak kerenah sikit.

"Hiraukan je apa yang pihak pengurusan tu nak nampak sisi buruk kita, kita teruskan berniaga dan buat hal kita sendiri," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain