suria

Wanita terkejut encik tunang ‘ikat’ ramai perempuan serentak! Berkeras lelaki ada hak pilih calon paling layak jadi isteri

Wanita buntu apabila mengetahui pasangannya mempunyai ramai tunang.

UMAT Islam disarankan untuk bertaaruf atau melakukan proses perkenalan sebelum melangsungkan perkahwinan kerana fasa inilah calon dapat menilai pasangan masing-masing.

Bagi sesetengah individu, fasa tersebut dibuat semasa tempoh pertunangan.

Bagaimanapun seorang wanita ini berhadapan pengalaman berbeza apabila pasangannya mengaku bertunang dengan ramai wanita dalam satu masa.

Berkongsi cerita, dia menyatakan ikatan pertunangan dengan lelaki itu terjalin kira-kira tiga bulan lalu.

Kebanyakan wanita meluahkan masalah di laman sosial. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan wanita meluahkan masalah di laman sosial. -Gambar hiasan The Star

Namun baru-baru ini dia dikejutkan dengan kehadiran beberapa lagi wanita yang menjadi tunangan pasangannya itu.

"Saya baru tahu, bukan saya sahaja tunang dia dan dia cakap itu hak untuk kenal atau tunang dengan mana-mana perempuan sebelum membuat keputusan untuk dijadikan isteri.

"Saya minta dia lepaskan saya dan dia cakap tak mahu," luahnya lagi.

Lelaki terbabit juga bertindak mengugutnya jika dia ingin memutuskan ikatan pertunangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu! Lagi 5 hari nak kahwin, wang hantaran 20K dah bagi... Tunang beritahu hamil terlanjur dengan ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam insecure! Tunang Google artis wanita pun jadi isu, ungkit sampai lepas kahwin... Gaduh besar, telefon pecah

Malah katanya, dia akan berdosa besar sekiranya bertemu dengan individu lain sepanjang tempoh pertunangan itu.

"Dia cakap kalau saya tinggalkan dia, dia tak akan reda sebab saya masih tunang dan hanya dia yang boleh putuskan.

"Kalau saya jumpa orang lain, perbuatan saya tu berdosa besar dan haram," katanya yang berharap untuk memutuskan ikatan yang terjalin.

Naifnya perempuan ni... macam tu je kena game dengan jantan.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, wanita ini turut menyatakan tunangnya akan memberikan dalil apabila dia menyuarakan hasrat untuk membatalkan ikatan.

Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar X yang menganggap lelaki terbabit sebagai penunggang agama.

Dia bagaimanapun tampil memberi nasihat dengan meminta wanita terbabit melibatkan wali atau ahli keluarga dalam masalah yang dialami.

"Ikutkan tak perlu persetujuan dia untuk putus dan dia tak boleh paksa untuk awak berkahwin dengannya.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

"Selamatkan diri daripada lelaki yang menunggang agama demi kepentingan peribadi," tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan berharap wanita terbabit dapat memutuskan ikatan pertunangan dengan cara baik.

"Wow! Belum apa-apa dah guna 'kad kuasa veto' delulu dia. Kalau dah jadi suami tak tahulah entah macam mana pula. Please run anon.

"Kepada perempuan, berkomunikasi dengan keluarga sendiri minta mereka berjumpa keluarga lelaki untuk putuskan pertunangan tu.

"Naifnya perempuan ni... macam tu je kena game dengan jantan.

"Anon, dia curang dan bagi dalil nak justify. Kalau teruskan, rasanya apa akan jadi dengan hidup awak? Dia manipulasi dan menunggang semua benda," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain