ISTERI yang solehah menjadi idaman setiap lelaki. Kehadiran wanita ini bukan sahaja menjadi pelengkap dalam kehidupan seorang suami, malah turut menjadi kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. Seorang lelaki bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang diidam-idamkan bukan sahaja baik bahkan juga menunaikan tanggungjawab kepada keluarga. “Isteri aku memang baik dan solehah. Pakaian labuh macam ustazah sekolah, solat tak tinggal, masak untuk aku dan anak,” katanya menerusi satu luahan di laman X. Seorang suami berdoa selepas menunaikan solat. -Gambar hiasan Mahukan kebahagiaan yang berpanjangan, namun setiap rumah tangga pasti diuji dengan dugaan yang tidak disangka-sangka. Menurut lelaki itu, isterinya banyak berubah sejak kebelakangan ini dan apa yang mengejutkan apabila perubahan itu dikatakan berpunca dari tempat kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Suami alim, solat tak tinggal tapi isteri berkerjaya makan hati! Kahwin 21 tahun, duit gaji 5K tetap kena ‘control’ ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘biasa-biasa’ dapat pasangan alim, baik... Selepas nikah terkejut suami abai larangan agama dalam hubungan seksual “Sejak kebelakangan ini, dia banyak berubah disebabkan kehadiran rakan sekerja lelaki yang baru berkhidmat di tempatnya bekerja. Balik pun lambat. “Tiap maghrib main telefon, aku tengok dia 'stalk' rakan sekerja dia punya akaun Instagram. Solat pun sekarang dah tak nak berjemaah, makan pun dah berasingan,” luahnya. Isteri kerap memeriksa telefon. -Gambar hiasan Remuk hati seorang lelaki apabila mendapati isteri yang dicintai rupa-rupanya mempunyai perasaan terhadap rakan sekerjanya itu. “Semalam, aku periksa telefon dia dah bersayang-sayang dengan rakan sekerja baharu dia. Aku cuma kenangkan anak-anak aku je. Kalau tak, memang aku dah lepaskan. “Aku setuju sangat dengan ayat ‘bertutup litup pun bukannya baik’,” katanya dengan nada kesal mengenai sisi gelap isterinya itu. Tegurlah sebelum terlambat. NETIZEN Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh lelaki itu mengenai sikap sebenar isterinya.. Namun sebagai ketua keluarga, lelaki itu dinasihatkan supaya menyelamatkan rumah tangga mereka dengan menyelesaikannya dengan cara baik. Hubungan suami isteri menjadi renggang kerana orang ketiga. -Gambar hiasan Jika isterinya dahulu seorang yang baik dan bertanggungjawab, seharusnya diberi peluang kedua dan membimbingnya untuk berubah sebelum keadaan bertambah buruk. “Manusia tak sempurna dan tak lepas dari buat salah. Sebagai ketua keluarga, awak perlu proaktif untuk cari jalan penyelesaian. Awak ada hak sebagai suami, minta family masuk campur slow talk kalau awak tak boleh cakap depan-depan. “Kau komunikasi dengan bini kau tu berdua. Baru kau tahu punca. Entah-entah kau pun ada menyumbang sebab dia jadi macam tu. “Sebagai manusia, memang tak lari dari godaan syaitan. Tambah yang baik, yang alim, lagi kuat godaan dia. Tegurlah sebelum terlambat. Kumpul bukti dan tegur. “Kena tegur bang, kalau diamkan, lagi menjadi-jadi nanti. Ajak bincang elok-elok, lepas dah bincang baru buat keputusan. Jangan buat keputusan membuta tuli,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube